Tuesday 30 August 2011

'Tuhan tertinggi' yang telah binasa...

Oleh: Somad Musa

Ini adalah sebuah kisah mengenai 'Tuhan tertinggi',

Siapakah 'Tuhan tertinggi' itu?

Tinggi sangatkah?

***

Dialah 'Tuhan' yang paling kufur. 

Dialah 'Tuhan' yang paling angkuh,

Dialah 'Tuhan' yang paling zalim,


***

Dia pernah diajak ke jalan 'Tuhan  yang sebenar',

Namun dia tetap mengaku dengan angkuhnya,

Bahawa sesungguhnya dialah 'Tuhan yang sebenar' itu


*** 

Bahkan telah tercatat dalam buku 'Tuhan yang sebenar-benarnya'

Dihadapan anak-anak Nil seraya dia berkata,


Fir'aun namanya,

Dia telah tenggelam bersama kekufuran-nya,

Binasalah 'Tuhan' yang perasan dirinya tinggi itu...

 psstttt... jom kita baca Surah An-Nazi'at sama-sama...

Friday 26 August 2011

Demi Allah tidak beriman!

Oleh: Somad Musa

 عن أبي هريرة رضى الله عنه قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

والله لايؤمن، والله لايؤمن، والله لا يؤمن
قيل: من يا رسول الله؟
   قال: الذي لا يأمن جاره بوائقه 

Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. 

Maka seorang lelaki pon bertanya: Siapakah itu wahai Rasulullah? 

Rasulullah menjawab: 
"Orang-orang yang tidak memberikan rasa keamanan kepada jiran-jirannya disebabkan kejahatannya."

Wednesday 24 August 2011

Anda sangat-sangat bodoh sekiranya...

Oleh: Somad Musa


العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.
Pepatah Arab yang seringkali disebut apabila berbicara tentang kelebihan ilmu pengetahuan. 

Apa kena mengena pepatah ni dengan Somad?

Pepatah ni memang takde kena mengena dengan Somad, tapi hari ni Somad akan menulis mengenai kepentingan beramal dengan ilmu kita miliki.

Berbalik kepada pepatah diatas, orang yang berilmu diibaratkan umpama pokok yang tidak bisa berbuah sekiranya dia tidak mengamalkan ilmu yang dimilikinya. 

Okey-okey, mesti korang akan cakap...  

"weiii Somad, pokok bunga ros tak berbuah pon... tapi kat kedai orang jual sampai berpuluh-puluh ringgit sekuntum... tak bernilai ke tu???!"

Berdasarkan statement korang di atas, orang-orang yang tak beramal dengan ilmu yang dimiliki pon bernilai jugak la? Sama macam bunga ros!

Erm... macam mana nak bidas ni... ermmm... ce fikir... ce fikir...

Cuba korang jawab beberapa persoalan dibawah:

"kenapa manusia menanam pokok durian?"
"kenapa manusia menanam  pokok bunga ros?"
"kenapa manusia menanam pokok getah?"
"kenapa manusia menanam pokok semambu?"

Mungkin ini yang korang akan jawab:

- "Manusia menanam pokok durian untuk mendapatkan buah durian... sodappp ooo..."
- "Manusia menanam pokok ros untuk menghiasi halaman rumah & sebagainya... bunga ros cantik..."
- "Manusia menanam pokok getah untuk mendapatkan susu getah yang berkomersial tinggi..."
- "Manusia menanam pokok semambu untuk dijadikan tempat berteduh... pokok semambu berdahan rimbun..."
Dan, cuba korang bayangkan sekiranya:

- pokok durian tidak mengeluarkan buah...
- pokok ros tidak berbunga...
-pokok getah tidak menghasilkan susu...
-pokok semambu tidak berdahan rimbun...

Lantaran itu, adakah objektif kita menanam pokok-pokok diatas tercapai???!

- adakah pokok durian yang tidak berbuah bermanfaat bagi kita?
- adakah pokok ros yang tidak berbunga akan kelihatan cantik?
- adakah pokok getah yang tidak menghasilkan susu berkomersial tinggi?
- adakah pokok semambu yang tidak berdaun lebat boleh dijadikan tempat berteduh?

haaa... jawab... jangan tak jawab...

Sekiranya kita tidak beramal dengan ilmu yang dimiliki, secara total~nya kita akan diibaratkan seperti pokok-pokok yang aneh diatas. 

Sesungguhnya Allah menjanjikan kedudukan yang tinggi bagi orang-orang yang berilmu. Orang yang mempunyai ilmu tidak beerti orang itu berilmu... selagi dia tidak beramal dengan ilmu yang dimilikinya...

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11:


Dan... dalam Surah Az-Zumar ayat 9, Allah bertanyakan kepada kita:


So, apa jawapannya??? ce jawab... ce jawab...

Okey... entri ini akan berakhir disini... jumpa lagi di entri berikutnya... 
Assalamualaikum... wbt

Sunday 21 August 2011

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Oleh: Somad Musa

Surah Ar-Rahman.


Surah ke-55 di dalam Al-Quran. Mengandungi 78 ayat. Tergolong dalam surah-surah Makiyyah.

Ar-Rahman beerti 'Yang Maha Pemurah' dan merupakan ayat pertama bagi surah ini.

Surah ini dianggap sebagai surah yang sangat unik kerana salah satu ayatnya,

فَبِأَيِّ ءَالآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
 Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


diulang sebanyak 31 kali. Ya. 31 kali. 

Unik dan amat menakjubkan kan?  

Untuk menggali dan menghayati keunikan surah ini, jom kita baca sama-sama. 
Alah, tak banyak pon. 78 ayat je.  Jom -> الرحمن 


 

Saturday 20 August 2011

Monolog Satu

Sejuk. Serius sejuk. Iklim global menurun secara mendadak. Sungguh! Tak tipu. 16 darjah celsius.

Siang tadi pergi shopping dengan family. Tak beli baju melayu. Tak beli songkok. Kuih raya pon tak beli.

Tersangat jatuh hati pada sehelai seluar jeans Polo. Lantas sambar masuk ke fitting-room. Tanya ayah. Ayah kata okey. Terus bayar.

Minggu terakhir kerja. Tamatlah tiga bulan bekerja dengan tekun sekali. Walaupon sekali sekala datang lewat. Gelak. Hahaha.

Azan 'Isyak sudah berkumandang. Aku harus pergi ke masjid dengan kadar segera. Solat 'Isyak Dan Terawikh secara  berjemaah. Ya. Berjemaah. 27 kali ganda ganjaran pahala. Bukan selalu kan?

Jumpa lagi ya sayang. Bye.

Friday 19 August 2011

Pancutan Mani.

Oleh: Somad Musa

Lucahnya tajuk entri ni. Lucah ke? 

Apa itu mani?
Sila rujuk sini [sini] (18sx)

Ada yang rasa jijik bila baca entri ni? Erm… silakan jijik

Bila disebut perkataan mani atau air mani, pasti ramai diantara kita akan marah… malu… segan... jijik... dan sebagainya

Mungkin topik ini kurang sesuai dibincangkan di khalayak umum. Kenapa? Taboo sangat kah?

Tanpa memikirkan tentang semua tu, Somad tanpa segan silu dan semuktamadnya akan menulis perihal ini. Selepas ini mungkin akan ada pihak yang melabel Somad  gila seks atau sebagainya. Silakan. Somad terima dengan hati yang terbuka. Tak cukup tapak tangan, nyiru Somad tadahkan.

Semua tahu. Manusia bermula dari setitis mani. Manusia jijik?

Firman Allah dalam Surah Al-Insan ayat 2:

إنا خلقنا الإنسان من نطفة أمشاج نبتليه فجعلناه سميعا بصيرا
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Kemudian manusia melalui beberapa fasa kejadian.
Satu. Nutfah.

Dua. Alaqah.

Tiga. Muzghah.

Empat. ‘Izom & lahm.

Jom kita tonton video berkaitan proses kejadian manusia menurut kaca mata Al-Quran.


*psssttttt... Tak lucah kan???!

D i a m l a h .

عن أبي هريرة -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرا أو ليصمت


  (رواه البخاري ومسلم) 
          
   "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam"     

(Riwayat Bukhari & Muslim) 

 

Thursday 18 August 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah


Somad Musa. Makan & makan.

'Empat ratus + empat puluh enam'

Syair Jong Pecah 

Assalamualaikum saya ucapkan,
Selamat sejahtera handai dan rakan,
Sebuah syair saya sajikan,
Bersama-sama kita menungkan. 

Duhai dengarlah suatu cetera,
Di zaman dahulu sebuah negara,
Bangsa bijak gagah perwira,
Hidup bersatu aman sejahtera. 

Berkali-kali dicuba musuh,
Negara dilanggar hendak diruntuh,
Berkat bersatu rakyat teguh,
Tetap berdaulat berdiri kukuh. 

Hinggalah sampai saat yang gelap,
Entah di mana salah dan silap,
Entah siapa lalai dan lelap,
Rakyat berbalah daulat pun malap. 

Jadilah kita bangsa terjajah,
Terjejas daulat tercemar maruah,
Politik rebeh ekonomi rebah,
Siang malam berhati gundah. 

Kita dijajah empat kurun,
Ditambah empat puluh enam tahun,
Budaya dan ilmu setandus gurun,
Harga diri semakin turun. 

Bangkit pahlawan demi pahlawan,
Berjuang merebut kemerdekaan,
Bunga bangsa gugur terkorban,
Harumnya lesap ditelan zaman. 

Sampailah waktu rakyat jelata,
Berpadu erat seia sekata,
Tahan bahaya tahan derita,
Mendaulatkan kembali negara kita. 

Tiga puluh tiga tahun sejak bergema,
Kata merdeka dilaung bersama,
Negara dan bangsa menempa nama,
Banyak impian telah terjelma. 

Aduh mengapa kita berbalah,
Sama sendiri berpecah-pecah,
Kenyanglah yu bila jong pecah,
Hitamlah tanda dalam sejarah. 

Ya Ilahi Tuhan yang Rahman,
Teguhkan bangsaku di dalam iman,
Ke arah perpaduan berikan pedoman,
Agar sejahtera zaman berzaman. 

Tamatlah sudah madah dan cetera,
Untuk renungan saudari saudara,
Bersatu bangsa teguh negara,
Wassalamualaikum, salam sejahtera.




...dan ditambah lagi 54 tahun???!

Monday 15 August 2011

Contest terbaru!!! Menangi hadiah 1000

Oleh: Somad Musa

Ini adalah satu tawaran istimewa. 

Makcik-makcik, pakcik-pakcik, kecil besar, tua muda. Semua dijemput menyertainya. 

Hadiah dan ganjaran yang sangat lumayan. Meletoppp.

*Tiada terma & syarat.

L a i l a t u l  Q a d r
'malam yang lebih baik dari 1000 bulan'



















Maksudnya:

1.Sesungguhnya kami telah menurunkan~nya (al-Qur’an) pada malam al Qadr.

2.Dan tahukah kamu apakah Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.

4.Turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril padanya(malam al Qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al Qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

***

Sunday 14 August 2011

L e l a k i L e m b u t

Oleh: Somad Musa

Entry Somad Musa kali ni akan membicarakan perihal lelaki lembut. Ya... Lelaki lembut!

Apa? Korang tak tahu apa maksud lelaki lembut? Okey-okey... biar Somad Musa terangkan kepada korang pendefinisian istilah 'lelaki lembut'...

Definisi

-Menurut kamus online Urban Dictionary, lelaki lembut yang mana dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'softy boy' bermaksud:

"One who is the opposite of a Hard man. Generally, the soft boy is unable to fight, or will go down after one punch. A Soft Boy is also one who cannot hold his drink."
e.g: He threw up after only three pints. What a Soft Boy.


- Dalam bahasa Arab, lelaki lembut disebut sebagai 'مخنث: mukhannath' yang membawa maksud:

"Lelaki yang bersifat kewanitaan atau lelaki yang menyerupai perempuan"



- Tiada istilah lelaki lembut dalam Kamus Dewan, yang ada di bawah entri lembut ialah rangkai kata lembut lembai (dialek Kedah) yang bermaksud orang lelaki yang berjalan seperti orang perempuan.

Simbol Kejijikan

Golongan lelaki lembut seringkali dianggap sebagai makhluk asing oleh segenap masyarakat.

Diejek... Menjadi bahan tawa... Modal sindiran... Begitulah posisi lelaki lembut dari kaca mata segelintir masyarakat. Bahkan wujud sesetengah pihak yang memandang jijik personaliti kelompok tersebut. Tak caya???

Jom terjah --> klik!
haaa... see! betul kan apa yang Somad Musa cakap tadi???!

Wujud masyarakat di negara ini beranggapan bahawa semua lelaki lembut memiliki kecenderungan seksual sesama jenis. Mungkin disebabkan faktor itulah golongan lelaki lembut dipandang jijik.

Bahkan, ada ura-ura mengatakan lelaki lembut tidak layak memohon jawatan guru. Sila rujuk sini-> Baca.
So, apa pandangan uolsss???

Sebenarnya,
Persepsi masyarakat bahawa semua lelaki lembut bernafsu sesama jenis adalah tidak tepat kerana istilah lembut itu sendiri pon merujuk kepada definisi yang pelbagai. Setuju??? Sapa setuju angkat tangan!!!

"Mungkin seseorang lelaki itu lembut disebabkan faktor genetik."


"Mungkin sseorang lelaki itu lembut disebabkan dia terlalu bersopan santun."


"Atau mungkin juga seseorang lelaki itu lembut disebabkan dia memiliki tulang yang kurang keras atau terlalu banyak makan sotong???!!! glurrppp!"

Arakian, janganlah kita terlalu stereotype atau prejudis dalam menghukum sesuatu perkara. Buanglah sejauh-jauhnya persepsi serong yang jauh terpesong tersebut.

Dan... janganlah kita menjadi pak kaduk yang terlalu taksub secara membabi buta mengikut rentak orang-orang bodoh dalam menghukum sesuatu perkara kerana Allah SWT sendiri pon tidak terburu-buru menghukum hamba-Nya...

Diciptakan Masyhar sebagai mahkamah untuk menghitung amalan hamba-hamba-Nya... sedangkan Dia boleh terus campak kita ke syurga mahupon neraka!

Sekian dulu untuk kali ni... pen Somad Musa pon dah habis dakwat... jumpa lagi :)

Saturday 13 August 2011

Keghairahan Berblogging...

Oleh: Somad Musa

Dihambat arus kemodenan, boleh dikatakan seluruh makhluk yang bernama manusia dari seluruh pelusuk alam dihujani dengan nikmat komunikasi tanpa sempadan. Kemudahan jalur lebar dan jaringan internet memudahkan kita berhubung antara satu dengan lain di alam maya.

Usaha murni kerajaan mewujudkan jalur lebar 1Malaysia menjadi wahana kecemerlangan dan kemajuan Negara.

Kebanyakkan pengguna internet mengakses internet untuk mengemaskini status facebook/twitter mereka, membaca akhbar-akhbar terkini, mendapatkan artikel-artikel ilmiah dannnnnnnnn melayari laman blog!!!

Ya blog!!!

Hari ni aku nak cakap pasal aktiviti blogging & kehidupan blogger dengan blognya…. Mesti korang respect gila kat aku kan dek ketinggian mutu tatabahasa & keskemaan intro aku kat atas tadi?! Hahaha… aku memang hebat!!! :P

Bagi aku, blogging adalah satu aktiviti yang amat mengghairahkan… kenapa ya? Sebab seorang blogger akan menumpukan 100% konsentrasinya terhadap subjek yang ingin diketengahkan bagi menjana idea luar biasa demi menghasilkan entri yang bermutu serta mampu menarik perhatian pembaca… tak gituuu???


Seorang blogger mungkin boleh mempublish beratus-ratus entry dalam sehari... namun sejauhmanakah kualiti yang dihasilkan oleh beliau???

Idea takkan datang bergolek tanpa berpening kepala!

Setelah menghabiskan banyak masa mencari idea, membedah artikel-artikel dan sebagainya…, korang rasa berapa jam-kah masa berbaki yang boleh dorang luangkan bersama family??? 

Mungkin ini tidak menjadi isu bagi mereka-mereka yang masih bujang… tapi bagaimanakah bagi mereka-mereka yang sudah berkahwin… beristeri… bersuami… beranak pinak… berkualitikah masa yang berbaki?

Bagi meraka yang masih study, blogging boleh dijadikan platform untuk mereka bertukar-tukar pandangan, mengembangkan minda dengan entri-entri yang berkualiti dan sebagainya… namun, upacara blogging tanpa kawalan akan mengundang banyak kesan negatif…

Antaranya…
Mereka mungkin akan overslept dan terlambat ke kuliah dek aktiviti blogging dan online di lewat malam

Meraka mungkin akan kehilangan waktu yang berkualiti untuk mengulangkaji pelajaran


Mengabaikan aktiviti beriadah di waktu petang dek ketekunan mengupdate blog dorang
… dan banyak lagi laaa

So, konklusinya… blogging ada pro dan… ada kontranya… 

Okey… loceng sudah berbunyi… menandakan waktu telah tamat untuk Somad Musa menaip…
Jumpa lagi… :)

Nasihat Abang Long kepada Adik-adiknya...

Berblogging secara bijaksana dan berhemah... amalkan sikap saling hormat-menghormati demi kesejahteraan bersama...
Klik sini untuk baca nasihat tersebut . KLIK!  

(sumber: Ben Ashaari)

Friday 12 August 2011

Aktiviti Luar Tabii' Blogger-blogger Jelata...

Oleh: Somad Musa

12 Ogos 2011- Jumaat

Setelah me-login ke account yahoo!, wajah Somad Musa yang sebelom ni tampan tiba-tiba bertukar menjadi biru kecipanan apabila mendapati emel yg belom dibaca dalam account tersebut mencecah 11k dalam masa 4 hari!!!

Nape tak caye kerrr??? Ingat Somad Musa tipu kerrr??? Cer tengok bukti yang di~attach kat bawah ni… 


Angkara Siapa???

Account Yahoo! Somad Musa yang sebelom ini mundur ibarat kais pagi makan pagi, kais patang makan petang kini diserang bertalu-talu dengan notification yang melaporkan aktiviti-aktiviti terkini blogger-blogger jelata yang berinteraksi sesame mereka di laman-laman facebook terkemuka seperti Kami Blogger Utagha, Kami Hardcore Blogger Kental, BLOGGER AREA(Ini tempat K.I.T.A semua yang punya), & banyak lagi…


Disitulah tempat blogger-blogger jelata mempromosi entry-entry dorang yang terkini, dan mereka amat giat dan tekun mengajak rakan-rakan blogger memfollow blog mereka… jadi tidak hairan~lah jika anda kerap kali melihat ayat sadis yang berbunyi ‘u follow my blog, I will follow u back’, ‘followlah blog saya yang meletop ini!’…. ada juga yang menggunakan taktik memancing secara luar tabii’ dengan meletakkan tajuk entri yang kontroversi seperti mat luthfi follow blog aku???, ‘rozita che wan add aku kat facebook!!!’ dan banyak lagi lah…

Okey… Somad Musa dah lenguh jari menaip… sekian dulu untuk kali ini :)

psssttttt.... jangan lupa follow ye... hehehe

Thursday 11 August 2011

Yuyu Zulaikha Promote Blog Saya!!!

Blogger popular lagi sensasi, Cik Puan Yuyu Zulaikha tanpa segan silunya sedang giat mempromosi blog saya yang serba naif ni ke peringkat antarabangsa....

Tak caya???!

Nahhh!!! ini buktinya.... cer tengok... cer tengok...

ni lagi satu....
Thanks Yuyu!!!

Hebat Sangat ke Blog Ben Ashaari & Yuyu Zulaikha???!

Oleh: Somad Musa

Hebat sangat ke Ben Ashaari dan Yuyu Zulaikha tuuuu???

First time melangkah masuk ke arena blogging, mata aku tak habis-habis disajikan dengan tulisan blogger-blogger jelata yang tak henti-henti memuji kehebatan dua bloggers tersebut...

Terketar-ketar tangan bloggers jelata menaip entry dorang dengan harapan dorang pon boleh jadi macam Ben Ashaari yang dianggap sebagai 'tuhan traffic' dan Yuyu Zulaikha: Blogger yang sering dianiaya oleh 'Cik Anon'... kannn uols??? tak caye??? cer google... cer google...



Secara peribadi, sebelom ni aku langsung tak kenal sape Ben Ashaari tuuu... tapi sejak dua menjak ni... nama beliau memang diangkat dan disanjung... bahkan ada harapan untuk menang jika bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 nanti... hehe
Dan aku mengenali Yuyu Zulaikha sejak 2002 lagi... beliau merupakan rakan sekolah aku dan kami pernah sekelas masa form 4 & 5 dulu.... dan kami sama-sama sambung study ke Matrik uia dalam jurusan yang sama...kan yuyu kannn??? hehe

Yuyu ni orangnya cute, ramah, sopan-santun, berbudi bahasa, menghormati orang tua, jujur, amanah dan seorang yang bijak.... (hahaha.... pssssstttt.... bulan puasa tak baik menipu somad!!!)

ermmm...

Aku rasa tu je kot aku nak cakap pasal dua orang blogger yang ternama lagi tersohor niii.... cakap lebih-lebih nanti tak pasal-pasal aku di flying kick oleh anggota bloggers jelata yang marah.... ye la kan.... Ben Ashaari & Yuyu kan Taiko Besar dalam arena blogging.... aku ni balachi jerrrr.... huhu

Wednesday 10 August 2011

Kami Blogger Utagha!!!

Ermmm... hari ni aku dipaksa oleh Cik Gksb supaya menulis 1 entry berkaitan asal-usul & aku punye background.... ini adalah satu permintaan yang sangat dashyat... ya! lebih dasyhat dari soalan SPM mahupon MUET!!! hahaha... :)

Somad musa..., seorang jejaka urban yang stylo serta berjiwa kental... lahir pada pertengahan Mac 1989
1996-2001 : Sek. Keb. Penghulu Ahmad, Langkawi
2002-2006 : Maktab Mahmud Langkawi, Langkawi
2007-2009 : Pusat Asasi, UIAM (Petaling Jaya & Nilai)
2009-skrg  : UIAM, Gombak 

Aku berasal dari Langkawi dan kediaman aku terletak di utara Langkawi, Ayer Hangat. Jarak rumah aku dan pusat bandar Langkawi kira-kira 17 kilometer.... Penduduk Ayer Hangat menjadikan Bahasa Siam sebagai bahasa kedua.... Makanan kat sini memang best-best! Macam-macam ada! :)

IKLAN PENAJA:

SEBULAN LAGI....

10 Ogos 2011, hari Rabu....... sebulan sebelom bersayap terbang ke Taman Ilmu & Budi, UIAM

Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan aku bermastautin secara sambilan di bumi Langkawi.... kali ni aku sempat berpuasa sebulan penuh bersama family... kalau di flashback semula, dah 9 tahun aku tak rasai semua ni.... 


Tak tahu la bila lagi boleh dapat peluang macam ni lagi kannn???....

Dan pada tahun ni juga, aku dapat merasai nikmat bekerja pada bulan puasa..... perrrgggghhhhh!!! sungguh mencabar!!! Tapi rasa seronok juga sebab dapat la aku save duit, tak payah lunch.... huhuhu.... :-)

Tuesday 9 August 2011

Perang dunia ke-3 bermula!!!

Tepat jam 12.00am semalam, seluruh warga dunia diselubungi ketakutan dan kegelisahan. Stesen-stesen berita tv tak henti-henti membuat liputan langsung untuk melaporkan detik-detik cemas yang dihadapi ekoran tercetusnya PERANG DUNIA KETIGA!!!     arrrggghhhh!!!

Dunia yang sebelom ini tenang, makmur, aman dan damai tiba-tiba menjadi kacau-bilau apabila puak-puak pengacau mula menggerumuni lokasi peperangan ... berpuluh-puluh nyawa dilaporkan terkorban dan orang ramai berasak-asak untuk mengemaskini status laman sosial mereka bagi berkongsi detik-detik cemas yang dihadapi... 

Wartawan tersohor dari PulutKukusIkanMasin.com turut tidak ketinggalan melakukan lintas langsung dari lokasi-lokasi panas. 

Sungguhpun begitu, keadaan beransur pulih apabila jam menunjukkan angka TIGA... kerana kebanyakan askar-askar perang sudah berdengkur keletihan...
Dan dibawah adalah kesan peperangan yang masih jelas kelihatan....

Kekecohan dijangka akan kembali menjadi porak-peranda kerana askar-askar yang belom naik level akan bertempur sesama mereka tepat 12.00 tengah malam ini. 

Sekian, berita disunting oleh: Somad Musa