Tuesday 18 September 2012

Teori Evolusi Sebenar III: Manusia Adalah Anjing Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar? Semoga sihat-sihat selalu yerr..

Masih ingat lagi entri-entri 'Teori Evolusi Sebenar'?
Jika sebelum ini kita telah mengetahui bahawa manusia sebenarnya adalah 'lembu' dan 'keldai', kali ini kita akan merungkai teori seterusnya iaitu 'Manusia sebenarnya anjing hitam'.

Apa??! Anjing hitam??! 
Hang jangan Somad!!! Tergamak hang nak samakan manusia dengan anjing hitam??!

Relax duluuu.. jom kita baca kisah ni,

Pada suatu hari di zaman Nabi Musa AS, terdapat sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata walaupon sudah lama mendirikan rumah tangga.

Setelah sekian lama menanti, si suami pun telah berputus asa lantas dia bernazar:

‘Sekiranya aku dikurniakan anak selepas ini, aku bertekad untuk meminum air kencing anjing hitam’

Tidak berapa lama kemudian, pasangan suami isteri tersebut telah menerima khabar gembira, si isteri telah disahkan mengandung. Maka telah selamatlah anak dalam kandungan itu dilahirkan. 

Tiba-tiba si suami teringat bahawa dia telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya dikurniakan anak. Jadi, si suami perlu melaksanakan apa yang telah dinazarkan. 

Adakah si suami tersebut sanggup meminum air kencing anjing hitam???
Tidakkah si suami tersebut berasa jijik???

Hal ini telah membuatkan si suami tersebut dihimpit perasaan serba salah. Lalu dia telah pergi berjumpa dengan Nabi Musa AS untuk bertanyakan samada dia perlu mengotakan nazar tersebut atau tidak.

Dengan selamba Nabi Musa AS berkata kepada lelaki tersebut, lelaki tersebut tidak perlu meminum air kencing anjing hitam, sebaliknya dia hanya perlu pergi ke rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air yang jatuh dari bumbung rumah tersebut kerana orang yang meninggalkan solat lebih hina dari anjing hitam.
Maka, secara rasminya orang-orang yang meninggalkan solat telah terevolusi menjadi 'anjing hitam'.

Sekian.