Suatu hari di dalam sebuah kelas yang dihuni oleh murid-murid tahun 3.
"Siapa yang tidak siap kerja rumah atau terlupa membawa buku sila berdiri." Kata seorang guru lelaki yang berbadan gempal.
Maka beberapa orang murid pun berdiri dengan wajah yang tadinya tenang tiba-tiba bertukar menjadi cuak.
"Kenapa tak bawa buku?" Soal guru dengan wajah bengis ditambah pula dengan nada ngeri.
"Saya terlupa." Jawapan yang ringkas tetapi padat. Diikuti dengan bunyi 'pappp', pembaris kayu berwarna kuning menghinggap di bontot murid lelaki tersebut.
Murid tersebut menangis dan berlalu mendapatkan kerusinya untuk duduk. Murid-murid lain menunggu giliran masing-masing.
BEBERAPA HARI KEMUDIAN...
Guru memasuki kelas yang sama dan mengajukan soalan yang sama dan masih mendapat reaksi yang sama beserta jawapan yang sama "LUPA".
Guru perasan ada seorang pelajar yang berdiri dengan muka cuak jelas kelihatan.
"Kenapa?" Tanya guru.
"Sa.. sa.. saya.. baru sebentar tadi saya dapat jadual baru".
Ya, memang benar, jadual baru mula berkuatkuasa beberapa hari yang lepas.
Guru bertanya, "Kenapa baru hari ni kamu dapat jadual baru?"
"Saya tidak hadir ke sekolah selama 3 hari, saya demam."
"Ok, kamu boleh duduk." Balas guru lantas menyoal murid-murid lain diikuti dengan bunyi yang terhasil apabila pembaris kuning panjang menyentuh bontot mereka.
Tiba-tiba guru terpandang murid yang demam tiga hari tadi dan teringat, bukankah murid tersebut yang menangis teresak-esak kerana tidak membawa buku pada minggu lepas.
Guru menyoal tanpa berselindung,
"Kamu demam sebab kena rotan dengan saya?"
Kejujuran kanak-kanak memang tidak dapat diduga,
"YA" diikuti dengan tangisan seperti minggu lepas.
Guru tersebut tersenyum tanpa sebarang rasa kesal sambil memanggil murid tersebut tampil ke depan.
"Kamu tahu kenapa saya rotan kamu?"
Geleng.
"Saya rotan kamu sebab saya sayang kamu. Kamu tahu tak saya sayang kamu?"
Geleng.
Guru lantas memeluk murid tersebut sambil berbisik kepadanya,
"Ok, sekarang saya nak kamu tahu bahawa saya amat sayangkan kamu."
Tidak pasti sama ada murid tersebut faham atau tidak apa itu erti sayang.
Atau mungkin juga murid tersebut menyoal di dalam hati kecilnya,
"Adakah guru akan merotan aku setiap kali dia merasa sayang terhadap aku? Jika benar begitu, baru aku sedar bahawa kasih sayang itu amat menyakitkan!"
"Ingatkah apa yang kau janjikan
Bila lahir ke dunia
Kau berjanji taat pada-Nya"
Lirik yang menjadi siulan anak-anak muda pada tahun 80-an. Lagu Manusia dan Janji nyanyian kumpulan rock Bloodshed menceritakan tentang sikap manusia iaitu pelupa. Lupa luas cabangnya. Tetapi titik fokusnya ialah lupa pada janji.
Hal ini bukan perkara baharu, malah seringkali dan sentiasa berlaku. Kan? Hahhh! Dah lupa?!
Kebiasaannya, manusia berjanji tatkala mereka terlalu sangap untuk mendapatkan sesuatu benda. Harta, peluang, pangkat, cinta atau sebagainya. 15,000,000,000 kilogram janji dipertaruhkan. Persoalannya, apabila kehendak sudah dipenuhi, adakah janji akan dikotakan? Garu kepala.
Allah merakamkan dalam Al-Quran tentang ragam manusia. Diceritakan dalam Surah Al-A'raf ayat 172:
Maksudnya:Dan (ingatlah wahai Muhammad)
ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari
(tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri
mereka sendiri, (sambil Iabertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku
tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami
menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat
kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan)
tentang (hakikat tauhid) ini".
Itulah janji manis yang telah ditaburkan oleh manusia kepada Tuhan mereka sebelum diciptakan. Mereka mengaku bahawa Allah adalah Tuhan mereka yang satu-satunya layak disembah. Mereka berjanji akan patuh segala perintah Tuhan mereka. Tetapi setelah diciptakan, setelah ditiupkan roh ke dalam jasad, adakah janji manis itu dikotakan? Tepuk dada. Ya, tepuk dada anda kemudian tanya pada diri sendiri, 'adakah aku telah kotakan janji itu?'
Jika ya, Alhamdulillah.
Jika tidak, ?????????
Tidak mengapa, masih belum terlambat, usaha lagi dan lagi untuk kotakan janji tersebut, selagi nyawa dikandung badan.
Contoh yang sangat nyata, berdasarkan pengamatan dan pengalaman diri sendiri. Apabila menghadiri sebarang temuduga misalnya temuduga kerja, kita memberikan segunung janji dan harapan kepada majikan supaya menerima kita bekerja disitu, Tetapi apabila sudah diterima, kita menjadi lupa diri dan lupa janji. Merungut, merungut, merungut, merungut, merungut dan akhirnya hasil kerja tiada kualiti. Kenapa masa temuduga dulu kita cakap kita boleh buat semua benda? Kitalah superhero yang sedia berkhidmat 24 jam LILLAHI TAALA! Tetapi akhirnya apa yang berlaku? kah kah kah gelak lahhh... gelak pada diri sendiri... :-P
Lidah bercabang. Itulalah gelaran yang diberikan kepada orang yang suka berbohong atau tidak mengotakan janji. Binatang apa yang lidah bercabang? Nah, sebenarnya manusia yang tidak mengotakan janji adalah biawak. Sekian harap maklum. Huk huk huk. Tersedak biawak.
Nabi Sulaiman A.S. adalah seorang nabi dan rasul yang dianugerahkan kehebatan luarbiasa iaitu kebolehan untuk memahami dan berkomunikasi dengan binatang. Selain itu, baginda juga mempunyai kebolehan untuk menguasai dan memberi arahan kepada Jin. Jin-jin pada ketika itu amat takutkan Nabi Sulaiman dan mereka akan patuh kepada segala arahan yang diberikan.
Jin-jin mampu menjalankan kerja dengan pantas dan teliti sekali. Segala arahan yang diberikan oleh Nabi Sulaiman akan dilaksanakan dengan sepantas yang mampu.
Pada kebiasaannya, Nabi Sulaiman akan duduk di atas kerusi dengan memegang tongkat apabila jin-jin tersebut menjalankan kerja yang disuruh. Hingga sampai satu masa, Nabi Sulaiman duduk terlalu lama tanpa bergerak. Namun, jin-jin tersebut tidak sedikitpun berasa curiga kerana ketaatan mereka terhadap Nabi Sulaiman menjangkaui segala-segalanya. Mereka tetap tekun melaksanakan kerja mereka kerana mereka amat takutkan Nabi Sulaiman!
Pada suatu hari, cara tiba-tiba Nabi Sulaiman telah terjatuh dari kerusi yang diduduki oleh baginda. Jin-jin berasa amat terkejut dan hairan. Rupa-rupanya Nabi Sulaiman telah wafat! Ya! Nabi Sulaiman sudah lama wafat hinggakan tongkat baginda telah reput dimamah oleh anai-anai.
Apabila menyedari akan hal itu,jin-jin adalah makhluk yang paling gembira. Ya! Gembira. Manakan tidak, orang yang mereka amat takut telahpun wafat. Jadi, mereka boleh mula bersenang lenang dan bergoyang kaki. Tiada lagi orang yang akan mengarahkan mereka melakukan kerja. Allah merakamkan kisah ini dalam Surah Saba' ayat 12 hingga 14:
12- Dan Kami kurniakan kepada Nabi
Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang
perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan
baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin
untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin
itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya
(pukulan) dari azab api neraka.
13- Golongan jin itu membuat untuk
Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi,
dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti
kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah
itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk
bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang
bersyukur.
14- Setelah Kami tetapkan
berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada
mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah
memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan
jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib
nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja
berat) yang menghina.
Berdasarkan ayat Al-Quran diatas, dengan jelas menunjukkan bahawa jin-jin berasa sangat menyesal apabila mereka menyedari kewafatan Nabi Sulaiman.
Tetapi, mereka bukan menyesal kerana tidak sedar akan kewafatan Nabi Sulaiman, sebaliknya mereka kesal kerana terus melakukan kerja walaupun Nabi Sulaiman telah wafat. Manakan tidak, selama ini pun, mereka hanya bekerja kerana takutkan Nabi Sulaiman. Jadi, apabila Nabi Sulaiman telah wafat, tiada apa lagi yang perlu ditakutkan!
PERSAMAAN ANTARA MANUSIA DENGAN JIN-JIN NABI SULAIMAN : Jin-jin patuh pada arahan Nabi Sulaiman semata-mata kerana takutkan baginda. Apabila Nabi Sulaiman telah wafat, hilanglah ketakutan mereka dan hilanglah ketaatan mereka...
Tetapi KITA pula,
Hanya takutkan Allah didalam masjid, masuk masjid baru nak solat, masuk masjid baru nak tutup aurat...
Apabila berada diluar masjid, solat pun tidak, tutup aurat pun tidak, bahkan seronok melakukan kemungkaran... Ada satu soalan untuk kita, "ALLAH HANYA WUJUD DI MASJID SAHAJAKAH??!"
Kita sebagai anak-anak hanya taat dan patuh pada perintah ibubapa ketika mereka dapat penuhi permintaan kita sahaja, apabila mereka tidak dapat penuhi permintaan kita, kita mula berhenti taat kepada mereka...
Huh, wajarkah ketaatan kita kepada ibubapa diletakkan syarat sebegitu? Sedangkan mereka membersarkan tanpa sebarang terma dan syarat???!
Pelajar-pelajarhanya patuh pada arahan guru apabila berada dalam kawasan sekolah...
Sopan santun dan berbudi bahasa hanya apabila berada di sekolah...
Di sekolah pijak semut pun tak mati..
Tapi, bila keluar dari kawasan sekolah, mulalah nak tunjuk belang masing-masing, di luar sekolah cikgu ni macam kawan-kawan yang boleh dipijak kepala, kawan-kawan ajak buat apa-apa semua bolehhh, sampai ibubapa sanggup dilawan!
Antara KITA dan jin Nabi Sulaiman, siapa yang lebih teruk???
Jawapan: ................................ada pada diri masing-masing...................................................
Semua sedia maklum bahawa Islam terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan Syi'ah. Pada dasarnya, pembahagian ini terjadi disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan kepimpinan.
Selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW, orang-orang Islam bercanggahan pendapat tentang calon yang paling layak untuk mengambil alih kepimpinan Rasulullah SAW. Ada pihak yang berpendapat bahawa pemimpin perlu dipilih melalui sistem syura dan ada juga yang berpendapat bahawa pemimpin tersebut perlulah dari kalangan ahlul bait (ahli keluarga Rasulullah SAW)
Bila bermulanya Syi'ah?
Pendapat pertama menyatakan bahawa Syi'ah bermula diantara kewafatan Rasulullah SAW dan pelantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama. Manakala pendapat kedua pula menyatakan bahawa fahaman ini muncul pada akhir pemerintahan Saidina Uthman Al-Affan RA. Seterusnya fahaman ini merebak dan berkembang pesat pada zaman pemerintahan Saidina Ali RA.
Orang-orang Syi'ah bersepakat bahawa Saidina Ali RA adalah pemimpin yang paling layak menggantikan tempat Rasulullah SAW kerana beliau merupakan sahabat merangkap sepupu merangkap menantu kepada Rasulullah SAW.
As-Syafi'iyyah, Al-Malikiyyah, Al-Hanabilah dan Al-Hanafiyyah adalah antara mazhab-mazhab yang terdapat dalam aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Begitu juga dengan aliran Syi'ah, mereka juga mempunyai beberapa mazhab tertentu antaranya Al-Imamiyyah, Al-Zaidiyyah, Al-Kaisaniyyah, Al-Sabaiyyah dan banyak lagi.
Tapi saya tertarik untuk menulis mengenai salah satu daripada mazhab-mazhab tersebut iaitu Al-Sabaiyyah.
As-Sabaiyyah
As-Sabaiyyah adalah penganut-penganut Syi'ah yang mengikut Abdullah bin Saba'. Abdullah bin Saba' merupakan seorang Yahudi yang telah memeluk Islam semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab RA.
Selepas kewafatan Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman telah dilantik sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang ketiga. Abdullah bin Saba' amat menentang keras pelantikan dan juga pemerintahan Saidina Uthman RA. Beliau mendakwa bahawa kepimpinan Islam perlulah dilakukan melalui sistem warisan, bukannya syura. Dakwaan beliau itu disandarkan pada beberapa nas yang terkandung didalam Kitab Taurat yang diimaninya sebelum memasuki agama Islam.
Menurut As-Sabaiyyah, Saidina Ali RA adalah orang yang sepatutnya dilantik sebagai pemimpin umat Islam. Tahukah anda bahawa As-Sabaiyyah juga telah mendakwa bahawa Saidina Ali RA adalah sebahagian daripada Tuhan, atau dalam bahasa yang lebih mudah mereka mendakwa bahawa Saidina Ali RA adalah Tuhan!
Tidakkah anda merasakan bahawa dakwaan mereka itu merupakan sesuatu yang amat melampau dan keterlaluan? Secara terang-terangan mereka telah menafikan keesaan Allah SWT. Sesetengah pihak berpendapat bahawa Abdullah bin Saba' mempunyai agenda tersendiri sejak dari mula-mula beliau memasuki Islam lagi. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kacau-bilau dan memecah-belahkan umat Islam pada ketika itu.
Akibat krisis politik dan kepimpinan pada ketika itu, Saidina Ali telah dibunuh. Namun, As-Sabaiyyah mempuanyai pandangan tersendiri. Mereka mengatakan bahawa yang dibunuh itu bukanlah Saidina Ali RA, sebaliknya Syaitan yang telah menyerupai Saidina Ali. Menurut mereka lagi, Saidina Ali telah diangkat ke langit sepertimana Nabi Isa diangkat ke langit! guruh yang berdentum di langit didakwa sebagai sebagai suara Saidina Ali RA, manakala kilat pula merupakan senyuman beliau.
Ajaran As-Sabaiyyah sudah tidak wujud lagi pada hari ini kerana semua pengikut-pengikutnya telah dimusnahkan dek keterlampauan dan kesesatan mereka.
Masih ingat lagi entri-entri 'Teori Evolusi Sebenar'?
Jika sebelum ini kita telah mengetahui bahawa manusia sebenarnya adalah 'lembu' dan 'keldai', kali ini kita akan merungkai teori seterusnya iaitu 'Manusia sebenarnya anjing hitam'.
Apa??! Anjing hitam??!
Hang jangan Somad!!! Tergamak hang nak samakan manusia dengan anjing hitam??!
Relax duluuu.. jom kita baca kisah ni,
Pada suatu hari di zaman Nabi Musa AS, terdapat sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata walaupon sudah lama mendirikan rumah tangga.
Setelah sekian lama menanti, si suami pun telah berputus asa lantas dia bernazar:
‘Sekiranya aku dikurniakan anak selepas ini, aku bertekad untuk meminum air kencing anjing hitam’
Tidak berapa lama kemudian, pasangan suami isteri tersebut telah menerima khabar gembira, si isteri telah disahkan mengandung. Maka telah selamatlah anak dalam kandungan itu dilahirkan.
Tiba-tiba si suami teringat bahawa dia telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya dikurniakan anak. Jadi, si suami perlu melaksanakan apa yang telah dinazarkan.
Adakah si suami tersebut sanggup meminum air kencing anjing hitam???
Tidakkah si suami tersebut berasa jijik???
Hal ini telah membuatkan si suami tersebut dihimpit perasaan serba salah. Lalu dia telah pergi berjumpa dengan Nabi Musa AS untuk bertanyakan samada dia perlu mengotakan nazar tersebut atau tidak.
Dengan selamba Nabi Musa AS berkata kepada lelaki tersebut, lelaki tersebut tidak perlu meminum air kencing anjing hitam, sebaliknya dia hanya perlu pergi ke rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air yang jatuh dari bumbung rumah tersebut kerana orang yang meninggalkan solat lebih hina dari anjing hitam.
Maka, secara rasminya orang-orang yang meninggalkan solat telah terevolusi menjadi 'anjing hitam'.
Begitulah indahnya sebahagian bait-bait lagu tema kemerdekaan Malaysia bagi tahun ini. Kita semua sedia maklum bahawa lirik lagu ini telah mendapat ‘sentuhan emas’ oleh Yb. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Menteri Penerangan, KomunikasiDan Kebudayaan.
Jika dilihat sekali pandang, lirik lagu ini mempunyai unsur-unsur sastera yang amat tinggi dan ketinggiannya tidak mampu digapai oleh pemikiran ‘orang-orang biasa’ macam kita uhhh.
.
.
Sungguhpun begitu, beberapa pihak atau individu tampil menyatakan pandangan mereka bahawa lirik lagu ini mempunyai sentimen kepartaian politik yang amat tebal. Tidak sesuai dengan dengan kegunaannya sebagai sebuah lagu kemerdekaan yang akan dinyanyikan oleh rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk tanahair tanpa mengira fahaman politik.
.
.
Namun, bagi saya itu bukan satu isu yang berat memandangkan saya bukanlah seorang ahli politik bahkan saya langsung tidak berdaftar sebagai ahli mana-mana parti politik hehhh. Percayalahhh!!! [tarik macam Siti Nurhaliza… keh3x…]
.
.
Dari sudut bahasa dan fakta pula, pihak-pihak tertentu mula mempertikai mengenai penggunaan dua frasa dalam lagu ini iaitu;
‘Macam malam ikut siang’
&
‘Macam bulan ikut matahari’
Menurut mereka, bulan dan matahari mempunyai orbit yang berbeza. Jadi, tidak benar jika kita mengatakan bahawa bulan itu mengikuti matahari.
.
.
Di dalam Al-Quran, Allah telah banyak menceritakan kepada kita tentang kejadian siang dan malam. Antaranya kita boleh lihat di dalam Surah Yaa Siin ayat 37 hingga 40.
37 - Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
38 - Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
39 - Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
40 - (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
.
.
Matahari dan bulan beredar pada orbit masing-masing. Oleh itu, matahari tidak akan sesekali berada pada orbit bulan dan bulan juga mustahil untuk berada pada orbit matahari.
.
.
Secara logiknya, pertukaran siang dan malam terjadi disebabkan oleh matahari dan bulan yang sentiasa mengelilingi bumi. Jika difikir secara halus, siang akan terjadi apabila sesuatu tempat itu ditakluki oleh matahari. Manakala malam pula akan berlaku apabila sesuatu tempat diatas muka bumi ini ditakluki oleh bulan. Betul tak?
.
.
Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian,
.
.
KETAHUILAH BAHAWA APA YANG SAYA KATAKAN SEBENTAR TADI ADALAH TIDAK BENAR. UNTUK MENGETAHUI KENAPA, SILA BACA PERENGGAN BERIKUTNYA.
.
.
Cuba anda renungkan sejenak mengenai kejadian gerhana matahari. Secara ringkasnya, gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Oleh itu, cahaya matahari telah ditutupi oleh bulan buat sementara waktu samada separa atau sepenuhnya.
Ayuh kita fikir sebentar, berdasarkan kejadian gerhana matahari tersebut, kita dapat mengetahui bahawa bumi, bulan dan matahari berada pada kedudukan yang selari. Sekarang, cuba anda fikirkan tentang keadaan mukabumi yang berada 180 darjah ke kanan, kiri, atas dan bawah dari lokasi terjadinya gerhana matahari! Kini, tempat itu tidak memiliki bulan mahupun matahari. Jadi, tempat itu sedang mengalami siang atau malam pada ketika itu? Jawapannya tentulah malam kan??!
.
.
Jadi, ketahuilah bahawa sesungguhnya malam juga boleh berlaku walaupon bulan tidak wujud. Bulan sekadar menjadi simbol kepada malam, hakikatnya malam juga boleh berlaku tanpa kehadiran bulan.
.
.
Secara kontranya, siang tidak boleh berlaku tanpa kehadiran matahari. Siang memerlukan matahari, matahari juga memerlukan siang. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
.
.
Okay, sekarang kita beralih kepada tajuk entri ini iaitu ‘Benarkah bulan mengikuti matahari???’ Berpandukan kepada perbincangan kita diatas, jawapannya adalah TIDAK.
.
.
Disini saya akan kemukakan beberapa premis untuk mengukuhkan dakwaan saya tersebut.
.
.
PERTAMA: Malam boleh berlaku tanpa kehadiran bulan, sebaliknya siang tidak boleh berlaku tanpa kehadiran matahari. Apabila matahari mengakhiri sesebuah siang, secara automatiknya malam akan berlaku. Tapi, berlakunya malam tersebut belum tentu dihadiri oleh bulan!!! Jadi, secara jelas kita dapat simpulkan bahawa BULAN TIDAK MENGIKUTI MATAHARI.
.
.
KEDUA: Jom kita pergi semula kepada proses kejadian gerhana matahari. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, gerhana matahari berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada pada garisan yang selari [Bumi ==> Bulan ==> Matahari].
.
.
Jadi, apabila mereka berada kedudukan selari, maka tidak akan timbul persoalan sama ada bulan mengikuti matahari atau tidak. Jika, bulan mengikut matahari, mustahillah mereka dapat berada dalam kedudukan tersebut.
..
Sekian dulu entri saya untuk kali ini. Saya berharap agar pandangan saya ini dapat disambut baik oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya tidak memaksa anda untuk menelan pandangan saya ini mentah-mentah. Sebaliknya, kita mempunyai pentas yang amat luas untuk berbincang mengenai isu ini.
‘Nyum.. nyum.. nyum.. sedapnya daging paha kamu ini..
..
sedapnya daging betis kamu ini
sedapnya
daging pipi kamu ini..
..sedapnya
daging perut kamu ini
Sedapnya
daging bontot kamu ini..
sedapnyaaa..
sedapnyaaa.. sedapnya.. ha ha ha..’
Wahai orang-orang yang
beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka
sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan
dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya
yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya
yang telah mati?(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani.