Tuesday 3 April 2012

Teori Evolusi Sebenar II: Manusia Adalah Keldai

Teori evolusi versi dua ini akan mendedahkan siapakah sebenarnya manusia. Sebelum ini anda telah didedahkan bahawa manusia sebenarnya adalah lembu.

Saya telah membawa bukti yang sangat-sangat terang lagi bersuluh bahawa manusia akan terevolusi menjadi lembu sekiranya mereka………..……..................….[sila rujuk SINI].

Okay. Buktinya jelas bukan?!!

Maka, sekarang kita ingin membuktikan benarkah bahawa manusia juga adalah sebenarnya keldai??!
Tanpa berlengah dan membuang masa, ayuh kita terjah ayat ke-5 pada Surah Al-Jumu'ah:

Dalam ayat diatas, kita mendapati orang-orang Yahudi telah dipertanggungjawab melaksanakan hukum-hukam yang terkandung dalam kitab Taurat yang diutuskan kepada Nabi Musa AS, namun mereka sama sekali tidak menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Bahkan mereka langsung tidak mengambil tahu apa yang terkandung di dalam kitab Taurat tersebut. 

Maka, tanpa segan silunya Allah SWT telah menyamakan mereka dengan keldai.
Ya, keldai. 

Keldai yang memikul kitab-kitab besar sedangkan ia langsung tidak tahu kandungan kitab-kitab yang dipikul itu. Sangat jelas dan tepat sekali analogi yang dicipta oleh Allah SWT menyamakan orang-orang Yahudi tersebut dengan keldai.

Secara rasminya, manusia-manusia Yahudi yang dinyatakan di dalam ayat diatas telah terevolusi menjadi keldai. Sadis. Nyilu. Pilu sekali.

Okay. Tidak mustahil kita juga akan turut terevolusi menjadi keldai.
Tapi, bagaimana??!

Lihat pada Al-Quran yang diletakkan atas rak di rumah anda. Lihat juga pada buku-buku yang tersusun indah didalam rumah anda.

Adakah anda selalu membaca dan memahami apa yang terkandung di dalam naskhah Al-Quran tersebut??!
Adakah anda mengetahui isi kandungan buku-buku tersebut??!
NAHHH! Anda juga sebenarnya keldai. Harap maklum.