Monday 8 October 2012

Benarkah Saidina Ali R.A. diangkat ke langit seperti Nabi Isa A.S.?

Semua sedia maklum bahawa Islam terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan Syi'ah. Pada dasarnya, pembahagian ini terjadi disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan kepimpinan. 

Selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW, orang-orang Islam bercanggahan pendapat tentang calon yang paling layak untuk mengambil alih kepimpinan Rasulullah SAW. Ada pihak yang berpendapat bahawa pemimpin perlu dipilih melalui sistem syura dan ada juga yang berpendapat bahawa pemimpin tersebut perlulah dari kalangan ahlul bait (ahli keluarga Rasulullah SAW)

Bila bermulanya Syi'ah?
Pendapat pertama menyatakan bahawa Syi'ah bermula diantara kewafatan Rasulullah SAW dan pelantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama. Manakala pendapat kedua pula menyatakan bahawa fahaman ini muncul pada akhir pemerintahan Saidina Uthman Al-Affan RA. Seterusnya fahaman ini merebak dan berkembang pesat pada zaman pemerintahan Saidina Ali RA.

Orang-orang Syi'ah bersepakat bahawa Saidina Ali RA adalah pemimpin yang paling layak menggantikan tempat Rasulullah SAW kerana beliau merupakan sahabat merangkap sepupu merangkap menantu kepada Rasulullah SAW.

As-Syafi'iyyah, Al-Malikiyyah, Al-Hanabilah dan Al-Hanafiyyah adalah antara mazhab-mazhab yang terdapat dalam aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Begitu juga dengan aliran Syi'ah, mereka juga mempunyai beberapa mazhab tertentu antaranya Al-Imamiyyah, Al-Zaidiyyah, Al-Kaisaniyyah, Al-Sabaiyyah dan banyak lagi.

Tapi saya tertarik untuk menulis mengenai salah satu daripada mazhab-mazhab tersebut iaitu Al-Sabaiyyah.

As-Sabaiyyah
As-Sabaiyyah adalah penganut-penganut Syi'ah yang mengikut Abdullah bin Saba'. Abdullah bin Saba' merupakan seorang Yahudi yang telah memeluk Islam semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab RA. 

Selepas kewafatan Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman telah dilantik sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang ketiga. Abdullah bin Saba' amat menentang keras pelantikan dan juga pemerintahan Saidina Uthman RA. Beliau mendakwa bahawa kepimpinan Islam perlulah dilakukan melalui sistem warisan, bukannya syura. Dakwaan beliau itu disandarkan pada beberapa nas yang terkandung didalam Kitab Taurat yang diimaninya sebelum memasuki agama Islam.

Menurut As-Sabaiyyah, Saidina Ali RA adalah orang yang sepatutnya dilantik sebagai pemimpin umat Islam. Tahukah anda bahawa As-Sabaiyyah juga telah mendakwa bahawa Saidina Ali RA adalah sebahagian daripada Tuhan, atau dalam bahasa yang lebih mudah mereka mendakwa bahawa Saidina Ali RA adalah Tuhan!

Tidakkah anda merasakan bahawa dakwaan mereka itu merupakan sesuatu yang amat melampau dan keterlaluan? Secara terang-terangan mereka telah menafikan keesaan Allah SWT. Sesetengah pihak berpendapat bahawa Abdullah bin Saba' mempunyai agenda tersendiri sejak dari mula-mula beliau memasuki Islam lagi. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kacau-bilau dan memecah-belahkan umat Islam pada ketika itu. 

Akibat krisis politik dan kepimpinan pada ketika itu, Saidina Ali telah dibunuh. Namun, As-Sabaiyyah mempuanyai pandangan tersendiri. Mereka mengatakan bahawa yang dibunuh itu bukanlah Saidina Ali RA, sebaliknya Syaitan yang telah menyerupai Saidina Ali. Menurut mereka lagi, Saidina Ali telah  diangkat ke langit sepertimana Nabi Isa diangkat ke langit! guruh yang berdentum di langit didakwa sebagai sebagai suara Saidina Ali RA, manakala kilat pula merupakan senyuman beliau.

Ajaran As-Sabaiyyah sudah tidak wujud lagi pada hari ini kerana semua pengikut-pengikutnya telah dimusnahkan dek keterlampauan dan kesesatan mereka.

Tuesday 18 September 2012

Teori Evolusi Sebenar III: Manusia Adalah Anjing Hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar? Semoga sihat-sihat selalu yerr..

Masih ingat lagi entri-entri 'Teori Evolusi Sebenar'?
Jika sebelum ini kita telah mengetahui bahawa manusia sebenarnya adalah 'lembu' dan 'keldai', kali ini kita akan merungkai teori seterusnya iaitu 'Manusia sebenarnya anjing hitam'.

Apa??! Anjing hitam??! 
Hang jangan Somad!!! Tergamak hang nak samakan manusia dengan anjing hitam??!

Relax duluuu.. jom kita baca kisah ni,

Pada suatu hari di zaman Nabi Musa AS, terdapat sepasang suami isteri yang tidak mempunyai cahaya mata walaupon sudah lama mendirikan rumah tangga.

Setelah sekian lama menanti, si suami pun telah berputus asa lantas dia bernazar:

‘Sekiranya aku dikurniakan anak selepas ini, aku bertekad untuk meminum air kencing anjing hitam’

Tidak berapa lama kemudian, pasangan suami isteri tersebut telah menerima khabar gembira, si isteri telah disahkan mengandung. Maka telah selamatlah anak dalam kandungan itu dilahirkan. 

Tiba-tiba si suami teringat bahawa dia telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya dikurniakan anak. Jadi, si suami perlu melaksanakan apa yang telah dinazarkan. 

Adakah si suami tersebut sanggup meminum air kencing anjing hitam???
Tidakkah si suami tersebut berasa jijik???

Hal ini telah membuatkan si suami tersebut dihimpit perasaan serba salah. Lalu dia telah pergi berjumpa dengan Nabi Musa AS untuk bertanyakan samada dia perlu mengotakan nazar tersebut atau tidak.

Dengan selamba Nabi Musa AS berkata kepada lelaki tersebut, lelaki tersebut tidak perlu meminum air kencing anjing hitam, sebaliknya dia hanya perlu pergi ke rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air yang jatuh dari bumbung rumah tersebut kerana orang yang meninggalkan solat lebih hina dari anjing hitam.
Maka, secara rasminya orang-orang yang meninggalkan solat telah terevolusi menjadi 'anjing hitam'.

Sekian. 

Wednesday 8 August 2012

Benarkah BULAN mengikuti MATAHARI?


“Macam malam ikut siang,
Macam bulan ikut matahari,
1Malaysia terus berjuang,
Janji Kita ditepati.”


Begitulah indahnya sebahagian bait-bait lagu tema kemerdekaan Malaysia bagi tahun ini. Kita semua sedia maklum bahawa lirik lagu ini telah mendapat ‘sentuhan emas’ oleh Yb. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan.


 
Jika dilihat sekali pandang, lirik lagu ini mempunyai unsur-unsur sastera yang amat tinggi dan ketinggiannya tidak mampu digapai oleh pemikiran ‘orang-orang biasa’ macam kita uhhh.
.
.
Sungguhpun begitu, beberapa pihak atau individu tampil menyatakan pandangan mereka bahawa lirik lagu ini mempunyai sentimen kepartaian politik yang amat tebal. Tidak sesuai dengan dengan kegunaannya sebagai sebuah lagu kemerdekaan yang akan dinyanyikan oleh rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk tanahair tanpa mengira fahaman politik. 
.
.
Namun, bagi saya itu bukan satu isu yang berat memandangkan saya bukanlah seorang ahli politik bahkan saya langsung tidak berdaftar sebagai ahli mana-mana parti politik hehhh. Percayalahhh!!! [tarik macam Siti Nurhaliza… keh3x…]
.
.
Dari sudut bahasa dan fakta pula, pihak-pihak tertentu mula mempertikai mengenai penggunaan dua frasa dalam lagu ini iaitu;
‘Macam malam ikut siang’
&
‘Macam bulan ikut matahari’
Menurut mereka, bulan dan matahari mempunyai orbit yang berbeza. Jadi, tidak benar jika kita mengatakan bahawa bulan itu mengikuti matahari.
.
.
Di dalam Al-Quran, Allah telah banyak menceritakan kepada kita tentang kejadian siang dan malam. Antaranya kita boleh lihat di dalam Surah Yaa Siin ayat 37 hingga 40.
 37 - Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;  
38 - Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
39 - Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
40 - (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
.
Matahari dan bulan beredar pada orbit masing-masing. Oleh itu, matahari tidak akan sesekali berada pada orbit bulan dan bulan juga mustahil untuk berada pada orbit matahari. 
.
.
Secara logiknya, pertukaran siang dan malam terjadi  disebabkan oleh matahari dan bulan yang sentiasa mengelilingi bumi. Jika difikir secara halus, siang akan terjadi apabila sesuatu tempat itu ditakluki oleh matahari. Manakala malam pula akan berlaku apabila sesuatu tempat diatas muka bumi ini ditakluki oleh bulan.  Betul tak?
.
.
Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian,
.
.
 KETAHUILAH BAHAWA APA YANG SAYA KATAKAN SEBENTAR TADI ADALAH TIDAK BENAR. UNTUK MENGETAHUI KENAPA, SILA BACA PERENGGAN BERIKUTNYA.
.
.
Cuba anda renungkan sejenak mengenai kejadian gerhana matahari. Secara ringkasnya, gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Oleh itu, cahaya matahari telah ditutupi oleh bulan buat sementara waktu samada separa atau sepenuhnya. 
Ayuh kita fikir sebentar, berdasarkan kejadian gerhana matahari tersebut, kita dapat mengetahui bahawa bumi, bulan dan matahari berada pada kedudukan yang selari. Sekarang, cuba anda fikirkan tentang keadaan mukabumi yang berada 180 darjah ke kanan, kiri, atas dan bawah dari lokasi terjadinya gerhana matahari! Kini, tempat itu tidak memiliki bulan mahupun matahari. Jadi, tempat itu sedang mengalami siang atau malam pada ketika itu? Jawapannya tentulah malam kan??! 
.
.
Jadi, ketahuilah bahawa sesungguhnya malam juga boleh berlaku walaupon bulan tidak wujud. Bulan sekadar menjadi simbol kepada malam, hakikatnya malam juga boleh berlaku tanpa kehadiran bulan.
.
.
Secara kontranya, siang tidak boleh berlaku tanpa kehadiran matahari. Siang memerlukan matahari, matahari juga memerlukan siang. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
.
.
Okay, sekarang kita beralih kepada tajuk entri ini iaitu ‘Benarkah bulan mengikuti matahari???’ Berpandukan kepada perbincangan kita diatas, jawapannya adalah TIDAK
.
.
Disini saya akan kemukakan beberapa premis untuk mengukuhkan dakwaan saya tersebut.
.
.
PERTAMA: Malam boleh berlaku tanpa kehadiran bulan, sebaliknya siang tidak boleh berlaku tanpa kehadiran matahari. Apabila matahari mengakhiri sesebuah siang, secara automatiknya malam akan berlaku. Tapi, berlakunya malam tersebut belum tentu dihadiri oleh bulan!!! Jadi, secara jelas kita dapat simpulkan bahawa BULAN TIDAK MENGIKUTI MATAHARI.
.
.
KEDUA: Jom kita pergi semula kepada proses kejadian gerhana matahari. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, gerhana matahari berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada pada garisan yang selari [Bumi ==> Bulan ==> Matahari]
.
.
Jadi, apabila mereka berada kedudukan selari, maka tidak akan timbul persoalan sama ada bulan mengikuti matahari atau tidak. Jika, bulan mengikut matahari, mustahillah mereka dapat berada dalam kedudukan tersebut.
.  
Sekian dulu entri saya untuk kali ini. Saya berharap agar pandangan saya ini dapat disambut baik oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya tidak memaksa anda untuk menelan pandangan saya ini mentah-mentah. Sebaliknya, kita mempunyai pentas yang amat luas untuk berbincang mengenai isu ini. 
. .   Assalamualaikum :)

Saturday 4 August 2012

Mulut dan kemaluan

Sabda Rasulullah SAW: 

"Yang paling banyak menjerumuskan manusia ke dalam neraka adalah MULUT dan KEMALUAN."

~Riwayat Tirmizi~

Monday 18 June 2012

Bunuhlah orang yang anda cintai...


Orang yang mencintai berkata kepada orang yang dicintai:

Saya cintakan awak… 

Saya sayang awak ketat-ketat… 

Mmuahhh 3x…

Awak sayangkan saya???

Awak cintakan saya???

Kalau benar awak sayang dan cintakan saya, cuba awak buktikan perasaan tersebut…

Saya mahu melihatnya!


Balas orang yang dicintai:

Saya juga sayangkan awak…

Saya juga cintakan awak…

Awaklah pengarang jantung hati saya…

Awaklah jasad saya…

Awaklah nyawa saya…

Saya sanggup MATI kerana awak!

Cinta awak telah membunuh saya!

.

.

.

Sekarang puas hati awak?!!

Awak telah membunuh saya!!!

Awak rampas kehidupan saya!!!

Sekarang, bergembiralah dengan kematian saya ini…

.

.

.

Kata seorang penyair silam terkemuka Imru’ Al-Qais Ibn Hujr Al-Kindi:
 

Tuesday 29 May 2012

Daging Manusia Halal Dimakan??!


‘Kenapa kamu memakan daging saya?’

‘Ketahuilah bahawa daging kamu ini sangat sedap, sebab tulah saya
  suka makan daging kamu’


‘Aduh!!! Sakitnyaaa!!! Janganlah makan daging saya’

‘Nyum.. nyum.. nyum.. sedapnya daging paha kamu ini..

.. sedapnya daging betis kamu ini

sedapnya daging pipi kamu ini..

..sedapnya daging perut kamu ini

Sedapnya daging bontot kamu ini..

sedapnyaaa.. sedapnyaaa.. sedapnya.. ha ha ha..’

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujurat : 12)

Saturday 5 May 2012

Kenapa anda berlari meninggalkan mereka?

Berlari.
Ya berlari.


Berlari macam Usain Bolt?
Usain Bolt.


Alaa. Takkan tak kenal kot?
Ni dia...


 
Pelumba lari Jamaica yang pernah memegang rekod dunia dan Olimpik  bagi acara lumba lari 100 meter dan 200 meter.


Okay. Dah kenal kan?


Tahukah anda?
Suatu hari nanti.
Anda akan menjadi pelumba lari seperti Usain.
Bahkan lebih laju dari Usain.


Tak percaya?
Betol.


Tak percaya juga?
Nahhh..        (Surah 'Abasa : 33 - 37)
Padan muka.
Sapa suruh tak percaya.

Suatu hari nanti.
Manusia akan berlari.
Berlari meninggalkan saudara-saudara mereka.
Berlari meninggalkan ibubapa mereka.
Berlari meninggalkan anak-anak serta isteri mereka.

Tapi kenapa?
Kerana pada ketika itu, Kiamat sudah tiba.

Namun.
Berlarilah anda sejauhmana sekalipon.
Kiamat akan berlari lebih pantas dari anda.
Kiamat pasti akan dapat mengejar anda.

Maka,
Tiada lagi rekod baru yang akan dicipta oleh Usain Bolt.

Pemegang rekod baru lumba lari --> Kiamat



Tuesday 3 April 2012

Teori Evolusi Sebenar II: Manusia Adalah Keldai

Teori evolusi versi dua ini akan mendedahkan siapakah sebenarnya manusia. Sebelum ini anda telah didedahkan bahawa manusia sebenarnya adalah lembu.

Saya telah membawa bukti yang sangat-sangat terang lagi bersuluh bahawa manusia akan terevolusi menjadi lembu sekiranya mereka………..……..................….[sila rujuk SINI].

Okay. Buktinya jelas bukan?!!

Maka, sekarang kita ingin membuktikan benarkah bahawa manusia juga adalah sebenarnya keldai??!
Tanpa berlengah dan membuang masa, ayuh kita terjah ayat ke-5 pada Surah Al-Jumu'ah:

Dalam ayat diatas, kita mendapati orang-orang Yahudi telah dipertanggungjawab melaksanakan hukum-hukam yang terkandung dalam kitab Taurat yang diutuskan kepada Nabi Musa AS, namun mereka sama sekali tidak menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Bahkan mereka langsung tidak mengambil tahu apa yang terkandung di dalam kitab Taurat tersebut. 

Maka, tanpa segan silunya Allah SWT telah menyamakan mereka dengan keldai.
Ya, keldai. 

Keldai yang memikul kitab-kitab besar sedangkan ia langsung tidak tahu kandungan kitab-kitab yang dipikul itu. Sangat jelas dan tepat sekali analogi yang dicipta oleh Allah SWT menyamakan orang-orang Yahudi tersebut dengan keldai.

Secara rasminya, manusia-manusia Yahudi yang dinyatakan di dalam ayat diatas telah terevolusi menjadi keldai. Sadis. Nyilu. Pilu sekali.

Okay. Tidak mustahil kita juga akan turut terevolusi menjadi keldai.
Tapi, bagaimana??!

Lihat pada Al-Quran yang diletakkan atas rak di rumah anda. Lihat juga pada buku-buku yang tersusun indah didalam rumah anda.

Adakah anda selalu membaca dan memahami apa yang terkandung di dalam naskhah Al-Quran tersebut??!
Adakah anda mengetahui isi kandungan buku-buku tersebut??!
NAHHH! Anda juga sebenarnya keldai. Harap maklum.

Wednesday 15 February 2012

Anak-anak Perempuan Yang Sial Itu Adalah Anak Allah???

Menanam anak perempuan hidup-hidup merupakan salah satu jenayah kejam yang pernah dilakukan oleh masyarakat Jahiliyyah pada suatu ketika dahulu.


Kenapa mereka sanggup membunuh anak perempuan mereka?
Kenapa tidak anak-anak lelaki?
Apakah dosa anak-anak perempuan tersebut?  

Kenapa?! Kenapa?! Kenapa?!

Firman Allah SWT dalam surah Al-Takwir ayat 8 dan 9:

Masyarakat Arab pada ketika itu membunuh anak-anak perempuan mereka disebabkan khuatir mereka akan ditimpa kepapaan dan anak-anak perempuan tersebut akan membawa sial dalam kehidupan mereka.

Persoalannya, adakah anak perempuan itu akan membawa sial ataupun mereka sendiri yang sebenarnya sial???!

Tidak cukup dengan itu, mereka telah mempersekutukan Allah dengan menyembah berhala-berhala yang mereka sendiri cipta. 

Tidakkah itu sial namanya???!

“Al-Laat”
“Al-Uzza”
“Manat”
Ini merupakan nama-nama yang diberi oleh mereka kepada berhala-berhala yang mereka sembah.

Tahukah anda kenapa mereka menamakan berhala-berhala tersebut dengan nama sedemikian?

Berhala-berhala tersebut dinamai dengan nama perempuan kerana mereka percaya bahawa berhala-berhala tersebut merupakan anak-anak perempuan Allah.

Cuba anda fikir sejenak, anak-anak perempuan yang mereka anggap sial didakwa anak kepada Tuhan. Sedangkan anak-anak lelaki pula diagung-agungkan sebagai anak mereka. Tergamak mereka menganggap berhala-berhala yang hina itu sebagai anak-anak perempuan Allah?

Firman Allah dalam surah An-Najm ayat 19 hingga 23:

Tidakkah anda merasa pelik?

Mereka menganggap anak perempuan sebagai sial dan dibunuh hidup-hidup. Manakala mereka mendakwa Allah mempunyai anak-anak perempuan yang bernama Al-Laat, Al-Uzza dan Manat. Akhirnya, anak perempuan yang sial itu jugaklah mereka sembah! 

Maka terjawablah siapa yang sebenarnya sial.

Friday 13 January 2012

Manusia dan Syaitan Adalah Bersaudara


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia dan syaitan itu adalah bersaudara!

Anda tidak percaya?

Mari, mari, mari.. Saya tunjukkan buktinya kepada anda

Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 27 di atas, manusia yang bersaudara dengan syaitan adalah mereka-mereka yang gemar membelanjakan sesuatu secara BOROS dan selalu membiasakan diri dengan pembaziran.

Tahukah anda?

Rasulullah SAW amat melarang budaya pemborosan.

Suatu hari Rasulullah SAW telah melintasi dihadapan Saad (salah seorang sahabat) yang sedang mengambil air wudhu’, maka Baginda berkata kepada Saad: “Janganlah kamu berlaku BOROS dalam menggunakan air!” Saad bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah dalam penggunaan air itu ada pemborosan?” Rasulullah SAW menjawab: “Ya! Walaupun engkau berada di dalam sungai.”

Peristiwa diatas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW melarang keras budaya pemborosan bahkan ketika menggunakan air untuk berwudhu’. 

Sedangkan kita semua tahu bahawa wudhu’ disyariatkan untuk membersihkan diri bagi membolehkan kita mengerjakan ibadat solat dan sebagainya. 

Bagaimanakah pula dengan pembaziran dan pemborosan dalam aspek-aspek lain?

Semestinya ia lebih dashyat kan?

Kesimpulannya, adakah anda bersaudara dengan syaitan?

Bagi menjawab soalan tersebut, marilah kita bersama-sama menonton video ini:

Sekiranya anda setuju dengan mesej yang disampaikan dalam video diatas, sila pergi ke SINI seterusnya tekan butang ‘LIKE’. Bersama-samalah kita menghindari budaya pemborosan!