Wednesday 8 August 2012

Benarkah BULAN mengikuti MATAHARI?


“Macam malam ikut siang,
Macam bulan ikut matahari,
1Malaysia terus berjuang,
Janji Kita ditepati.”


Begitulah indahnya sebahagian bait-bait lagu tema kemerdekaan Malaysia bagi tahun ini. Kita semua sedia maklum bahawa lirik lagu ini telah mendapat ‘sentuhan emas’ oleh Yb. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan.


 
Jika dilihat sekali pandang, lirik lagu ini mempunyai unsur-unsur sastera yang amat tinggi dan ketinggiannya tidak mampu digapai oleh pemikiran ‘orang-orang biasa’ macam kita uhhh.
.
.
Sungguhpun begitu, beberapa pihak atau individu tampil menyatakan pandangan mereka bahawa lirik lagu ini mempunyai sentimen kepartaian politik yang amat tebal. Tidak sesuai dengan dengan kegunaannya sebagai sebuah lagu kemerdekaan yang akan dinyanyikan oleh rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk tanahair tanpa mengira fahaman politik. 
.
.
Namun, bagi saya itu bukan satu isu yang berat memandangkan saya bukanlah seorang ahli politik bahkan saya langsung tidak berdaftar sebagai ahli mana-mana parti politik hehhh. Percayalahhh!!! [tarik macam Siti Nurhaliza… keh3x…]
.
.
Dari sudut bahasa dan fakta pula, pihak-pihak tertentu mula mempertikai mengenai penggunaan dua frasa dalam lagu ini iaitu;
‘Macam malam ikut siang’
&
‘Macam bulan ikut matahari’
Menurut mereka, bulan dan matahari mempunyai orbit yang berbeza. Jadi, tidak benar jika kita mengatakan bahawa bulan itu mengikuti matahari.
.
.
Di dalam Al-Quran, Allah telah banyak menceritakan kepada kita tentang kejadian siang dan malam. Antaranya kita boleh lihat di dalam Surah Yaa Siin ayat 37 hingga 40.
 37 - Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;  
38 - Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
39 - Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
40 - (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
.
Matahari dan bulan beredar pada orbit masing-masing. Oleh itu, matahari tidak akan sesekali berada pada orbit bulan dan bulan juga mustahil untuk berada pada orbit matahari. 
.
.
Secara logiknya, pertukaran siang dan malam terjadi  disebabkan oleh matahari dan bulan yang sentiasa mengelilingi bumi. Jika difikir secara halus, siang akan terjadi apabila sesuatu tempat itu ditakluki oleh matahari. Manakala malam pula akan berlaku apabila sesuatu tempat diatas muka bumi ini ditakluki oleh bulan.  Betul tak?
.
.
Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian,
.
.
 KETAHUILAH BAHAWA APA YANG SAYA KATAKAN SEBENTAR TADI ADALAH TIDAK BENAR. UNTUK MENGETAHUI KENAPA, SILA BACA PERENGGAN BERIKUTNYA.
.
.
Cuba anda renungkan sejenak mengenai kejadian gerhana matahari. Secara ringkasnya, gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Oleh itu, cahaya matahari telah ditutupi oleh bulan buat sementara waktu samada separa atau sepenuhnya. 
Ayuh kita fikir sebentar, berdasarkan kejadian gerhana matahari tersebut, kita dapat mengetahui bahawa bumi, bulan dan matahari berada pada kedudukan yang selari. Sekarang, cuba anda fikirkan tentang keadaan mukabumi yang berada 180 darjah ke kanan, kiri, atas dan bawah dari lokasi terjadinya gerhana matahari! Kini, tempat itu tidak memiliki bulan mahupun matahari. Jadi, tempat itu sedang mengalami siang atau malam pada ketika itu? Jawapannya tentulah malam kan??! 
.
.
Jadi, ketahuilah bahawa sesungguhnya malam juga boleh berlaku walaupon bulan tidak wujud. Bulan sekadar menjadi simbol kepada malam, hakikatnya malam juga boleh berlaku tanpa kehadiran bulan.
.
.
Secara kontranya, siang tidak boleh berlaku tanpa kehadiran matahari. Siang memerlukan matahari, matahari juga memerlukan siang. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain.
.
.
Okay, sekarang kita beralih kepada tajuk entri ini iaitu ‘Benarkah bulan mengikuti matahari???’ Berpandukan kepada perbincangan kita diatas, jawapannya adalah TIDAK
.
.
Disini saya akan kemukakan beberapa premis untuk mengukuhkan dakwaan saya tersebut.
.
.
PERTAMA: Malam boleh berlaku tanpa kehadiran bulan, sebaliknya siang tidak boleh berlaku tanpa kehadiran matahari. Apabila matahari mengakhiri sesebuah siang, secara automatiknya malam akan berlaku. Tapi, berlakunya malam tersebut belum tentu dihadiri oleh bulan!!! Jadi, secara jelas kita dapat simpulkan bahawa BULAN TIDAK MENGIKUTI MATAHARI.
.
.
KEDUA: Jom kita pergi semula kepada proses kejadian gerhana matahari. Seperti yang dibincangkan sebelum ini, gerhana matahari berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada pada garisan yang selari [Bumi ==> Bulan ==> Matahari]
.
.
Jadi, apabila mereka berada kedudukan selari, maka tidak akan timbul persoalan sama ada bulan mengikuti matahari atau tidak. Jika, bulan mengikut matahari, mustahillah mereka dapat berada dalam kedudukan tersebut.
.  
Sekian dulu entri saya untuk kali ini. Saya berharap agar pandangan saya ini dapat disambut baik oleh tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya tidak memaksa anda untuk menelan pandangan saya ini mentah-mentah. Sebaliknya, kita mempunyai pentas yang amat luas untuk berbincang mengenai isu ini. 
. .   Assalamualaikum :)

No comments: