Monday, 8 October 2012

Benarkah Saidina Ali R.A. diangkat ke langit seperti Nabi Isa A.S.?

Semua sedia maklum bahawa Islam terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan Syi'ah. Pada dasarnya, pembahagian ini terjadi disebabkan oleh perbezaan fahaman politik dan kepimpinan. 

Selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW, orang-orang Islam bercanggahan pendapat tentang calon yang paling layak untuk mengambil alih kepimpinan Rasulullah SAW. Ada pihak yang berpendapat bahawa pemimpin perlu dipilih melalui sistem syura dan ada juga yang berpendapat bahawa pemimpin tersebut perlulah dari kalangan ahlul bait (ahli keluarga Rasulullah SAW)

Bila bermulanya Syi'ah?
Pendapat pertama menyatakan bahawa Syi'ah bermula diantara kewafatan Rasulullah SAW dan pelantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama. Manakala pendapat kedua pula menyatakan bahawa fahaman ini muncul pada akhir pemerintahan Saidina Uthman Al-Affan RA. Seterusnya fahaman ini merebak dan berkembang pesat pada zaman pemerintahan Saidina Ali RA.

Orang-orang Syi'ah bersepakat bahawa Saidina Ali RA adalah pemimpin yang paling layak menggantikan tempat Rasulullah SAW kerana beliau merupakan sahabat merangkap sepupu merangkap menantu kepada Rasulullah SAW.

As-Syafi'iyyah, Al-Malikiyyah, Al-Hanabilah dan Al-Hanafiyyah adalah antara mazhab-mazhab yang terdapat dalam aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Begitu juga dengan aliran Syi'ah, mereka juga mempunyai beberapa mazhab tertentu antaranya Al-Imamiyyah, Al-Zaidiyyah, Al-Kaisaniyyah, Al-Sabaiyyah dan banyak lagi.

Tapi saya tertarik untuk menulis mengenai salah satu daripada mazhab-mazhab tersebut iaitu Al-Sabaiyyah.

As-Sabaiyyah
As-Sabaiyyah adalah penganut-penganut Syi'ah yang mengikut Abdullah bin Saba'. Abdullah bin Saba' merupakan seorang Yahudi yang telah memeluk Islam semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab RA. 

Selepas kewafatan Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman telah dilantik sebagai Khalifah Ar-Rasyidin yang ketiga. Abdullah bin Saba' amat menentang keras pelantikan dan juga pemerintahan Saidina Uthman RA. Beliau mendakwa bahawa kepimpinan Islam perlulah dilakukan melalui sistem warisan, bukannya syura. Dakwaan beliau itu disandarkan pada beberapa nas yang terkandung didalam Kitab Taurat yang diimaninya sebelum memasuki agama Islam.

Menurut As-Sabaiyyah, Saidina Ali RA adalah orang yang sepatutnya dilantik sebagai pemimpin umat Islam. Tahukah anda bahawa As-Sabaiyyah juga telah mendakwa bahawa Saidina Ali RA adalah sebahagian daripada Tuhan, atau dalam bahasa yang lebih mudah mereka mendakwa bahawa Saidina Ali RA adalah Tuhan!

Tidakkah anda merasakan bahawa dakwaan mereka itu merupakan sesuatu yang amat melampau dan keterlaluan? Secara terang-terangan mereka telah menafikan keesaan Allah SWT. Sesetengah pihak berpendapat bahawa Abdullah bin Saba' mempunyai agenda tersendiri sejak dari mula-mula beliau memasuki Islam lagi. Tujuannya adalah untuk menimbulkan kacau-bilau dan memecah-belahkan umat Islam pada ketika itu. 

Akibat krisis politik dan kepimpinan pada ketika itu, Saidina Ali telah dibunuh. Namun, As-Sabaiyyah mempuanyai pandangan tersendiri. Mereka mengatakan bahawa yang dibunuh itu bukanlah Saidina Ali RA, sebaliknya Syaitan yang telah menyerupai Saidina Ali. Menurut mereka lagi, Saidina Ali telah  diangkat ke langit sepertimana Nabi Isa diangkat ke langit! guruh yang berdentum di langit didakwa sebagai sebagai suara Saidina Ali RA, manakala kilat pula merupakan senyuman beliau.

Ajaran As-Sabaiyyah sudah tidak wujud lagi pada hari ini kerana semua pengikut-pengikutnya telah dimusnahkan dek keterlampauan dan kesesatan mereka.

4 comments:

kinara kinatara said...

follow sini:)
nice sharing:)

Najmi Mukhtar said...

Nice Post :)

by the way, mari melawat blog ini, Menjual Kereta dengan harga yang boleh di runding, kereta memang TIP TOP:

http://garajkereta88.blogspot.com/

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,chat box pakjoe x kira kk hehehe :P http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Razil Tahir said...

gambar tue... errr...