Saturday, 16 February 2013

Kalaulah mereka tahu bahawa Nabi Sulaiman telah wafat...

Nabi Sulaiman A.S. adalah seorang nabi dan rasul yang dianugerahkan kehebatan luarbiasa iaitu kebolehan untuk memahami dan berkomunikasi dengan binatang. Selain itu, baginda juga mempunyai kebolehan untuk menguasai dan memberi arahan kepada Jin. Jin-jin pada ketika itu amat takutkan Nabi Sulaiman dan mereka akan patuh kepada segala arahan yang diberikan.

Jin-jin mampu menjalankan kerja dengan pantas dan teliti sekali. Segala arahan yang diberikan oleh Nabi Sulaiman akan dilaksanakan dengan sepantas yang mampu.

Pada kebiasaannya, Nabi Sulaiman akan duduk di atas kerusi dengan memegang tongkat apabila  jin-jin tersebut menjalankan kerja yang disuruh. Hingga sampai satu masa, Nabi Sulaiman duduk terlalu lama tanpa bergerak. Namun, jin-jin tersebut tidak sedikitpun berasa curiga kerana ketaatan mereka terhadap Nabi Sulaiman menjangkaui segala-segalanya. Mereka tetap tekun melaksanakan kerja mereka kerana mereka amat takutkan Nabi Sulaiman!

Pada suatu hari, cara tiba-tiba Nabi Sulaiman telah terjatuh dari kerusi yang diduduki oleh baginda. Jin-jin berasa amat terkejut dan hairan. Rupa-rupanya Nabi Sulaiman telah wafat! Ya! Nabi Sulaiman sudah lama wafat hinggakan tongkat baginda telah reput dimamah oleh anai-anai.

Apabila menyedari akan hal itu,jin-jin adalah makhluk yang paling gembira. Ya! Gembira. Manakan tidak, orang yang mereka amat takut telahpun wafat. Jadi, mereka boleh mula bersenang lenang dan bergoyang kaki. Tiada lagi orang yang akan mengarahkan mereka melakukan kerja. Allah merakamkan kisah ini dalam Surah Saba' ayat 12 hingga 14:



12- Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. 

13- Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. 

14- Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila ia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia, mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.  

Berdasarkan ayat Al-Quran diatas, dengan jelas menunjukkan bahawa jin-jin berasa sangat menyesal apabila mereka menyedari kewafatan Nabi Sulaiman. 

Tetapi, mereka bukan menyesal kerana tidak sedar akan kewafatan Nabi Sulaiman, sebaliknya mereka kesal kerana terus melakukan kerja walaupun Nabi Sulaiman telah wafat. Manakan tidak, selama ini pun, mereka hanya bekerja kerana takutkan Nabi Sulaiman. Jadi, apabila Nabi Sulaiman telah wafat, tiada apa lagi yang perlu ditakutkan!

PERSAMAAN ANTARA MANUSIA DENGAN JIN-JIN NABI SULAIMAN  :

Jin-jin patuh pada arahan Nabi Sulaiman semata-mata kerana takutkan baginda. Apabila Nabi Sulaiman telah wafat, hilanglah ketakutan mereka dan hilanglah ketaatan mereka...

Tetapi KITA pula,

Hanya takutkan Allah didalam masjid, masuk masjid baru nak solat, masuk masjid baru nak tutup aurat...
Apabila berada diluar masjid, solat pun tidak, tutup aurat pun tidak, bahkan seronok melakukan kemungkaran... Ada satu soalan untuk kita, "ALLAH HANYA WUJUD DI MASJID SAHAJAKAH??!"

Kita sebagai anak-anak hanya taat dan patuh pada perintah ibubapa ketika mereka dapat penuhi permintaan kita sahaja, apabila mereka tidak dapat penuhi permintaan kita, kita mula berhenti taat kepada mereka...
Huh, wajarkah ketaatan kita kepada ibubapa diletakkan syarat sebegitu? Sedangkan mereka membersarkan tanpa sebarang terma dan syarat???!

Pelajar-pelajar hanya patuh pada arahan guru apabila berada dalam kawasan sekolah...
Sopan santun dan berbudi bahasa hanya apabila berada di sekolah...
Di sekolah pijak semut pun tak mati..

Tapi, bila keluar dari kawasan sekolah, mulalah nak tunjuk belang masing-masing, di luar sekolah cikgu ni macam kawan-kawan yang boleh dipijak kepala, kawan-kawan ajak buat apa-apa semua bolehhh, sampai ibubapa sanggup dilawan!

Antara KITA dan jin Nabi Sulaiman, siapa yang lebih teruk???

Jawapan: ................................ada pada diri masing-masing...................................................




4 comments:

Noraqilah Johari said...

sama-sama kita muhasabah diri..
tepuk dada tanya iman..apa khabar iman kita hari ini?

jemput singgah :)
http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/02/pasang-surut-hidup.html

mohon like sini juge ye :)
http://www.facebook.com/pages/noraqilahjoharidotcom/267245240052274?ref=hl

Ikhmal Malique said...

Alhamdulilah, akhirnya aku jumpa sesuatu yang bermanfaat utk di baca hari ni. terima kasih.. ^^

Anonymous said...

ustaz bila nk update blog lg ?

Anonymous said...

Minta izin share.....