Saturday 13 August 2011

Keghairahan Berblogging...

Oleh: Somad Musa

Dihambat arus kemodenan, boleh dikatakan seluruh makhluk yang bernama manusia dari seluruh pelusuk alam dihujani dengan nikmat komunikasi tanpa sempadan. Kemudahan jalur lebar dan jaringan internet memudahkan kita berhubung antara satu dengan lain di alam maya.

Usaha murni kerajaan mewujudkan jalur lebar 1Malaysia menjadi wahana kecemerlangan dan kemajuan Negara.

Kebanyakkan pengguna internet mengakses internet untuk mengemaskini status facebook/twitter mereka, membaca akhbar-akhbar terkini, mendapatkan artikel-artikel ilmiah dannnnnnnnn melayari laman blog!!!

Ya blog!!!

Hari ni aku nak cakap pasal aktiviti blogging & kehidupan blogger dengan blognya…. Mesti korang respect gila kat aku kan dek ketinggian mutu tatabahasa & keskemaan intro aku kat atas tadi?! Hahaha… aku memang hebat!!! :P

Bagi aku, blogging adalah satu aktiviti yang amat mengghairahkan… kenapa ya? Sebab seorang blogger akan menumpukan 100% konsentrasinya terhadap subjek yang ingin diketengahkan bagi menjana idea luar biasa demi menghasilkan entri yang bermutu serta mampu menarik perhatian pembaca… tak gituuu???


Seorang blogger mungkin boleh mempublish beratus-ratus entry dalam sehari... namun sejauhmanakah kualiti yang dihasilkan oleh beliau???

Idea takkan datang bergolek tanpa berpening kepala!

Setelah menghabiskan banyak masa mencari idea, membedah artikel-artikel dan sebagainya…, korang rasa berapa jam-kah masa berbaki yang boleh dorang luangkan bersama family??? 

Mungkin ini tidak menjadi isu bagi mereka-mereka yang masih bujang… tapi bagaimanakah bagi mereka-mereka yang sudah berkahwin… beristeri… bersuami… beranak pinak… berkualitikah masa yang berbaki?

Bagi meraka yang masih study, blogging boleh dijadikan platform untuk mereka bertukar-tukar pandangan, mengembangkan minda dengan entri-entri yang berkualiti dan sebagainya… namun, upacara blogging tanpa kawalan akan mengundang banyak kesan negatif…

Antaranya…
Mereka mungkin akan overslept dan terlambat ke kuliah dek aktiviti blogging dan online di lewat malam

Meraka mungkin akan kehilangan waktu yang berkualiti untuk mengulangkaji pelajaran


Mengabaikan aktiviti beriadah di waktu petang dek ketekunan mengupdate blog dorang
… dan banyak lagi laaa

So, konklusinya… blogging ada pro dan… ada kontranya… 

Okey… loceng sudah berbunyi… menandakan waktu telah tamat untuk Somad Musa menaip…
Jumpa lagi… :)

21 comments:

alfsfr.ali said...

naseb bek ak student yg bercuti..

so no klas for now..

hahaha..

nice entry:)

Somad Musa said...

haha... sama la kita

Unknown said...

hoho aku obsessed blogging..

Somad Musa said...

sama la kita... huhu

noreybum said...

terbaekkk la somaddd..haha

Somad Musa said...

biasa-biasa ja

mizmarmalade said...

hehe.. entry anda menarik!
topik nih bley dijadikan sbg soalan spot BM SPM 2011, 2012, 2013 & tahun2 seterusnya mungkin.. hehehe :)

Somad Musa said...

jangan bimbang... saya adalah penggubar soalan itu... hehe

Somad Musa said...

*GUBAL

Gadis berkaca mata said...

betul. setuju sangat! sejak berblogging tidur sy semakin tidak menentu..:)

Somad Musa said...

betol3x.... :D

piko said...

okay.. piko memang banyak ke arah -Ve bila berblogging.. hehe..;D

kayeiy said...

ok

Isamuddin Isa said...

bro saya nk bagi KAD RAYA..

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-untuk-blogger-dari-blog.html

nadia fatihah said...

ahhh, nak blogging bukan senang kannnn :P

Shahieyyy said...

menarik lah entry nie..
besh..

Nelly Ixora said...

rajen update,tp malas publish.camne?haha

ouh iena said...

nice entry somad !
:DD

Razil Tahir said...

nice entry!
memang betul sangat2!
heheheh

singgah sini jugak! :)
10 Kelebihan Lelaki Tidak Kacak;
http://assignmentcscrazil.blogspot.com/2011/02/10-kelebihan-menjadi-lelaki-tidak-kacak.html

Somad Musa said...

entry yang berkualiti menjamin followers untuk singgah lagi... :)

Unknown said...

well said.saya suka entry ni :) bagos !