Tepat jam 12.00am semalam, seluruh warga dunia diselubungi ketakutan dan kegelisahan. Stesen-stesen berita tv tak henti-henti membuat liputan langsung untuk melaporkan detik-detik cemas yang dihadapi ekoran tercetusnya PERANG DUNIA KETIGA!!! arrrggghhhh!!!
Dunia yang sebelom ini tenang, makmur, aman dan damai tiba-tiba menjadi kacau-bilau apabila puak-puak pengacau mula menggerumuni lokasi peperangan ... berpuluh-puluh nyawa dilaporkan terkorban dan orang ramai berasak-asak untuk mengemaskini status laman sosial mereka bagi berkongsi detik-detik cemas yang dihadapi...
Wartawan tersohor dari PulutKukusIkanMasin.com turut tidak ketinggalan melakukan lintas langsung dari lokasi-lokasi panas.
Sungguhpun begitu, keadaan beransur pulih apabila jam menunjukkan angka TIGA... kerana kebanyakan askar-askar perang sudah berdengkur keletihan...
Dan dibawah adalah kesan peperangan yang masih jelas kelihatan....

Kekecohan dijangka akan kembali menjadi porak-peranda kerana askar-askar yang belom naik level akan bertempur sesama mereka tepat 12.00 tengah malam ini.
Sekian, berita disunting oleh: Somad Musa
1 comment:
yeaa blog aku kena promote,..hehe
Post a Comment