Wednesday 24 August 2011

Anda sangat-sangat bodoh sekiranya...

Oleh: Somad Musa


العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.
Pepatah Arab yang seringkali disebut apabila berbicara tentang kelebihan ilmu pengetahuan. 

Apa kena mengena pepatah ni dengan Somad?

Pepatah ni memang takde kena mengena dengan Somad, tapi hari ni Somad akan menulis mengenai kepentingan beramal dengan ilmu kita miliki.

Berbalik kepada pepatah diatas, orang yang berilmu diibaratkan umpama pokok yang tidak bisa berbuah sekiranya dia tidak mengamalkan ilmu yang dimilikinya. 

Okey-okey, mesti korang akan cakap...  

"weiii Somad, pokok bunga ros tak berbuah pon... tapi kat kedai orang jual sampai berpuluh-puluh ringgit sekuntum... tak bernilai ke tu???!"

Berdasarkan statement korang di atas, orang-orang yang tak beramal dengan ilmu yang dimiliki pon bernilai jugak la? Sama macam bunga ros!

Erm... macam mana nak bidas ni... ermmm... ce fikir... ce fikir...

Cuba korang jawab beberapa persoalan dibawah:

"kenapa manusia menanam pokok durian?"
"kenapa manusia menanam  pokok bunga ros?"
"kenapa manusia menanam pokok getah?"
"kenapa manusia menanam pokok semambu?"

Mungkin ini yang korang akan jawab:

- "Manusia menanam pokok durian untuk mendapatkan buah durian... sodappp ooo..."
- "Manusia menanam pokok ros untuk menghiasi halaman rumah & sebagainya... bunga ros cantik..."
- "Manusia menanam pokok getah untuk mendapatkan susu getah yang berkomersial tinggi..."
- "Manusia menanam pokok semambu untuk dijadikan tempat berteduh... pokok semambu berdahan rimbun..."
Dan, cuba korang bayangkan sekiranya:

- pokok durian tidak mengeluarkan buah...
- pokok ros tidak berbunga...
-pokok getah tidak menghasilkan susu...
-pokok semambu tidak berdahan rimbun...

Lantaran itu, adakah objektif kita menanam pokok-pokok diatas tercapai???!

- adakah pokok durian yang tidak berbuah bermanfaat bagi kita?
- adakah pokok ros yang tidak berbunga akan kelihatan cantik?
- adakah pokok getah yang tidak menghasilkan susu berkomersial tinggi?
- adakah pokok semambu yang tidak berdaun lebat boleh dijadikan tempat berteduh?

haaa... jawab... jangan tak jawab...

Sekiranya kita tidak beramal dengan ilmu yang dimiliki, secara total~nya kita akan diibaratkan seperti pokok-pokok yang aneh diatas. 

Sesungguhnya Allah menjanjikan kedudukan yang tinggi bagi orang-orang yang berilmu. Orang yang mempunyai ilmu tidak beerti orang itu berilmu... selagi dia tidak beramal dengan ilmu yang dimilikinya...

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11:


Dan... dalam Surah Az-Zumar ayat 9, Allah bertanyakan kepada kita:


So, apa jawapannya??? ce jawab... ce jawab...

Okey... entri ini akan berakhir disini... jumpa lagi di entri berikutnya... 
Assalamualaikum... wbt

8 comments:

Anonymous said...

sungguh dalam maksud entry ni

Aesya Zealous said...

sungguh tggi kdudukan org yg berilmu disisi Allah..:)

slmt mghabiskan puasa :)

Somad Musa said...

ya aesya...
adakah kita tergolong dalam kalangan mereka2 yg tinggi kedudukan disisi Allah? :)

Anonymous said...

tajuknya simple, tapi huaraiannya cukup untuk buat kita berfikir sedalamnya.. :)

Abang Rambo said...

hebat! huraian yg lengkap...padat dgn nasihat dan sindiran...

PROFESSIONAL CHEFF said...

buah adalah nikmat yang tertinggi dalam mana-mana bahagian pokok. Sekiranya ada ilmu tapi tak amal, apalah nikmatnya hidup kita. Tapi untuk beramal, bukannya mudah melainkan mereka yang sentiasa dalam rahmat Allah. Oleh itu berdoalah kita agar sentiasa dalam rahmat Allah agar kita bisa beramal.

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

contoh yang somad bg tu mmg padat... xboleh disangkal lg..

ilmu perlu dipelajari dan diamalkan..baru lah bermanfaat ilmu yang ade tu..

Mohamad Arif Bin Nasaruddin said...

pepatah tu fleksible la jugak kirenye.. Boleh jer jadi orang yang x beramal dengan ilmunya, ibarat pokok ros tidak berbunga.. huhu