Sunday 14 August 2011

L e l a k i L e m b u t

Oleh: Somad Musa

Entry Somad Musa kali ni akan membicarakan perihal lelaki lembut. Ya... Lelaki lembut!

Apa? Korang tak tahu apa maksud lelaki lembut? Okey-okey... biar Somad Musa terangkan kepada korang pendefinisian istilah 'lelaki lembut'...

Definisi

-Menurut kamus online Urban Dictionary, lelaki lembut yang mana dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'softy boy' bermaksud:

"One who is the opposite of a Hard man. Generally, the soft boy is unable to fight, or will go down after one punch. A Soft Boy is also one who cannot hold his drink."
e.g: He threw up after only three pints. What a Soft Boy.


- Dalam bahasa Arab, lelaki lembut disebut sebagai 'مخنث: mukhannath' yang membawa maksud:

"Lelaki yang bersifat kewanitaan atau lelaki yang menyerupai perempuan"



- Tiada istilah lelaki lembut dalam Kamus Dewan, yang ada di bawah entri lembut ialah rangkai kata lembut lembai (dialek Kedah) yang bermaksud orang lelaki yang berjalan seperti orang perempuan.

Simbol Kejijikan

Golongan lelaki lembut seringkali dianggap sebagai makhluk asing oleh segenap masyarakat.

Diejek... Menjadi bahan tawa... Modal sindiran... Begitulah posisi lelaki lembut dari kaca mata segelintir masyarakat. Bahkan wujud sesetengah pihak yang memandang jijik personaliti kelompok tersebut. Tak caya???

Jom terjah --> klik!
haaa... see! betul kan apa yang Somad Musa cakap tadi???!

Wujud masyarakat di negara ini beranggapan bahawa semua lelaki lembut memiliki kecenderungan seksual sesama jenis. Mungkin disebabkan faktor itulah golongan lelaki lembut dipandang jijik.

Bahkan, ada ura-ura mengatakan lelaki lembut tidak layak memohon jawatan guru. Sila rujuk sini-> Baca.
So, apa pandangan uolsss???

Sebenarnya,
Persepsi masyarakat bahawa semua lelaki lembut bernafsu sesama jenis adalah tidak tepat kerana istilah lembut itu sendiri pon merujuk kepada definisi yang pelbagai. Setuju??? Sapa setuju angkat tangan!!!

"Mungkin seseorang lelaki itu lembut disebabkan faktor genetik."


"Mungkin sseorang lelaki itu lembut disebabkan dia terlalu bersopan santun."


"Atau mungkin juga seseorang lelaki itu lembut disebabkan dia memiliki tulang yang kurang keras atau terlalu banyak makan sotong???!!! glurrppp!"

Arakian, janganlah kita terlalu stereotype atau prejudis dalam menghukum sesuatu perkara. Buanglah sejauh-jauhnya persepsi serong yang jauh terpesong tersebut.

Dan... janganlah kita menjadi pak kaduk yang terlalu taksub secara membabi buta mengikut rentak orang-orang bodoh dalam menghukum sesuatu perkara kerana Allah SWT sendiri pon tidak terburu-buru menghukum hamba-Nya...

Diciptakan Masyhar sebagai mahkamah untuk menghitung amalan hamba-hamba-Nya... sedangkan Dia boleh terus campak kita ke syurga mahupon neraka!

Sekian dulu untuk kali ni... pen Somad Musa pon dah habis dakwat... jumpa lagi :)

24 comments:

Yuyu Zulaikha said...

kami okay ja kalau yang lembut lembut ni.. tak okay kalau siap tukar tukar la ^^

Somad Musa said...

kdg timbul persoalan, lelaki lembut celaru identiti atau masyarakat yang celaru minda?

alfsfr.ali said...

setuju dgn yuyu..

lembut yg still lelaki okay..

lembut yg dh make over ni x okay..

Razil Tahir said...

lelaki gay pun satu hal pulak...
nampak macho skali minat lelaki...
adoi~~

NinaAz said...

lelaki lembut ok apa..lebih memahami wanita..hikhik

Somad Musa said...

apa nak dikata

Somad Musa said...

nina: yeker? suka laki lembut?

Unknown said...

lelaki lembut ok per... lebih memahami.. tp klu gay x tau la nk ckp ap.. doa supaya die jmp jln benar je la.. kadang2 smpi masa dorg msti tpikir nk ad anak or hv a fmili kan..

semoga mereka jumpa jln sebenar...

DidieyNormat said...

lembut bukan persoalan pn,, hak individu,, tapi dengan syarat masih dilandasan,, pandangan shaja,, dorang caring apa,, best jd kwn kn,,:)

Wawazzup said...

kalau kat u aku kaum-kaum lelaki mcm ni memang akan kena la..haha tapi bagi aku golongan mcm ni senang kaum perempuan nk berkawan..n bnyak sebab la diorng jadi cmni..

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis motorsikal kupcai scooter

Emmmm diorang tak pinta dilahirkan macam tu, diorang pun manusia gak ada hati dan perasaan... kadang diorang ni lagi cekal gigih dari orang yang sasa tubuh tapi kecil hati tak tabah... mereka tak bersalah rasanya

cik bulan said...

ada ja lecturer lembut..ok ja depa ni..mna la kita taw an kalo2 dah mmg genetik dia camtu..

selalu bnyak kwn2 yg camni bila dalam family dia sorg ja laki..jadi bnyak main ngan adik2 atau kakak2 la yg kadang2 terdorong untuk dpt sifat2 keperempuanan tu..:)

Somad Musa said...

lelaki lembut tak semestinya gay... gay tak semestinya lelaki lembut... dalam kalangan lelaki lembut mungkin wujud gay... dalam kalangan gay mungkin wujud lelaki lembut...

Somad Musa said...

dan kadang-kadang orang tersalah tafsir 'lembut' & 'sopan santun'

Unknown said...

lelaki lembut.. mereka baek.. mulut lazer.. haha suka berkwn g=dgn mereka :)

Asy Faro said...

lelaki lembut saye bole terima lagi jd kawan, tapi kalau yg dah penampilan macam prmpuan siap ade breast lagi tu mmg saye geli nak dekat!!! haaha
kat ipoh nie golongn tu dpanggil 'akua', yg pakai cm prmpuan tu, adoiii~

btw, salam kenal dr saye, asy faro. senang2, lawat la blog saye,kalu mnarik bole follow=)

http://asyfaro.blogspot.com/

Awie Omar said...

blog ni baru lagi ke? tapi ramai yang komen ek... tahniah

Abe Goreng said...

Aku dgn mbr2 aku suke kaco lelaki lembut ni sbb dorg lawak gila dgn suka mencarut.HAHAHA. tp stil leh kwn dgn dorg.

Cara Pantas Setel Masalah!!!

Farhanah Mokthar said...

kita pon ramai juga kawan dengan lelaki lembut ni. kawan dengan diorang memang fun. lagi-lagi diorang ni kreatif..

cuma selalu juga nasihatkan diorang jangan sampai menukar-nukar ni. As long diorang masih lelaki takde masalah lah.

[wani_mn] said...

sstgh drpd mereka bkn lembut yg 'lembut', tp 'bersopan'.. :)

Cik Kasut said...

sapalah kita nak mengklasifikasikan laki tu lembut laki ni keras....dlm dunia nie what come around came a round...laki sejati u hebat sangat kah???? laki lembut nie teruk sangat kah???sama jer smua d sisi tuhan cuma jgnlah terjebak dlm benda yg tak elok udah ler.... :)

Fadzlin Basir said...

lemon ade je kawan yang lembut..tapi mmg sifat dia lembut nak wat camna kan..tapi kadang2 dorang ni agak sensitif..so xelok lah kalau kita duk ejek2 dorang..kesian diorang..nice entry :)

ismanpunggul said...

Saya berteman dengan 3 lelaki lembut (BENCONG Kan ?). Semua mereka baik-baik belaka. Terutama akhlaqnya dan ketaatannya kepada Allah !.

beautifulboy said...

baru saja saya mengkaji hadis mengenai mukhannath. selama 33 tahun baru hari ini, kerna hadis tsb saya menitikkan air mata dan kesyukuran bagaimana tidak? kaum seperti kami tidak di anggap dosa karena fitrahnya seperti ini, melainkan bila kami melakukan kejahatan seperti yg di lakukan kaum normal atau kami ikutkan naluri dan nafsu terhadap lelaki. dan ternyata kepahitan saya bertahun tahun di hina masyarakat, di tinggal orang tua, jauh dari saudara mara, di ambil manfaatnya saja oleh org lain dan juga oleh kawan2. Tuhan Maha Penyayang, hadis yang saya temukan tadi ibarat penghargaan dari Allah Azza Wa Jalla buat kesabaran saya selama ini. Ya Allah ampunkanlah daku, ibu bapaku, saudara2ku, para leluhurku dan tempatkanla kami di tempat yg baik di sisi-Mu, serta maafkanlah org2 yg telah dholim kerna keadaanku ini selama bertahun tahun sesungguhnya mereka dholim dengan diri mereka sendiri krn mereka tidak mengetahui akibat perbuatan tangan mereka. Amin....